Dua pelajar lelaki maut ketika pulang sekolah

22 Sep 2026 • 9:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua pelajar lelaki maut ketika pulang sekolah

LANGKAWI: Dua pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di daerah ini maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Nyior Chabang, di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.51 tengah hari, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Yamaha Y15 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, kedua-dua mangsa berusia bawah 16 tahun itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari sekolah menuju ke Nyior Chabang.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai memotong dua buah kereta yang bergerak sehala dengannya. Motosikal itu kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah kereta dari arah hadapan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, impak pelanggaran yang kuat menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah, sementara tiga pemandu kereta yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal, namun berada dalam keadaan trauma.

Beliau berkata, kedua-dua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha, di sini untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan,” katanya.

Polis turut meminta orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka di kawasan sekitar supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ibu bapa juga dinasihatkan sentiasa memantau pergerakan anak masing-masing dengan memastikan mereka mempunyai lesen memandu sah sebelum dibenarkan menggunakan kenderaan serta mematuhi peraturan jalan raya. – UTUSAN

The post Dua pelajar lelaki maut ketika pulang sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved