Sekolah mesti kekal zon selamat

LocalFamily & Parenting
8 Jul 2026 • 9:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sekolah mesti kekal zon selamat
Laporan Sinar Harian pada Isnin mengenai kes pelajar perempuan ditikam di sekolah.

KES tikaman membabitkan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Banting bukan sahaja mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, malah membuka semula persoalan besar mengenai tahap keselamatan institusi pendidikan negara.

Sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak menimba ilmu, membina sahsiah dan membentuk masa depan.

Namun, apabila insiden keganasan berlaku dalam kawasan yang sepatutnya dilindungi, ia memberi kesan mendalam kepada seluruh warga sekolah.

Apa pun, kes di Banting perlu dilihat secara menyeluruh. Proses undang-undang mesti dihormati, manakala siasatan perlu dijalankan secara telus bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tanpa dipengaruhi emosi atau spekulasi.

Dalam masa sama, aspek pencegahan tidak boleh dipandang ringan kerana ia perlu bermula lebih awal.

Sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan lebih besar dalam mengesan perubahan tingkah laku, tekanan emosi atau tanda-tanda masalah yang mungkin membawa kepada tindakan membahayakan.

Isu kesihatan mental dalam kalangan remaja juga tidak boleh lagi dianggap perkara kecil.

Pemantauan dan intervensi awal perlu diperkukuhkan agar golongan muda yang berdepan cabaran mendapat bantuan sewajarnya.

Pada masa sama, kemudahan kaunseling dan sokongan psikologi di sekolah perlu diperkasakan agar pelajar mempunyai ruang mendapatkan bantuan apabila berdepan tekanan.

Pihak berkuasa serta Kementerian Pendidikan juga perlu menilai semula mekanisme keselamatan di sekolah, termasuk prosedur menangani ancaman serta sistem sokongan kepada pelajar dan warga pendidik.

Dalam usaha memastikan sekolah kekal sebagai tempat yang selamat, tindakan selepas sesuatu tragedi berlaku sahaja tidak mencukupi.

Yang lebih penting ialah membina sistem pencegahan yang berkesan supaya kejadian seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved