Sektor pembinaan diramal terus berkembang dipacu pembangunan pusat data, kemudahan infrastruktur - HLIB

LocalBusiness & Finance
25 Jul 2025 • 3:34 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sektor pembinaan diramal terus berkembang dipacu pembangunan pusat data, kemudahan infrastruktur - HLIB

image is not available

25/07/2025 - 15:34

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Julai - Sektor pembinaan dipercayai berada di landasan terbaik untuk berkembang dipacu pembinaan pusat data serta infrastruktur berkaitan termasuk jalan jalan raya, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Katanya, pertumbuhan positif pada separuh pertama tahun ini mengukuhkan lagi hala tuju kontrak pada tahun ini sekali gus meneruskan trajektori pengembangan buku tempahan.

Firma penyelidikan itu berkata, dengan jumlah tender pusat data yang besar bakal dianugerahkan pada separuh kedua tahun ini, terdapat potensi untuk menyamai aliran kontrak tertinggi dalam tempoh sedekad yang dicapai pada 2016.

"Anugerah kontrak domestik bagi suku kedua tahun ini berjumlah RM11.2 bilion menjadikan jumlah keseluruhan bagi separuh pertama mencecah RM27.5 bilion meningkat sebanyak 33%.

"Ia merupakan suku tahun kelima berturut-turut anugerah kontrak bernilai dua digit," katanya dalam satu nota kajian.

Firma penyelidikan itu menyatakan bahawa ini merupakan suku kelima berturut-turut anugerah kontrak bernilai dua digit yang berkembang dalam jumlah berbilion ringgit.

“Pada pandangan kami, dengan tender pusat data berskala besar yang dijangka dianugerahkan pada separuh kedua tahun ini, terdapat potensi untuk menyamai aliran kontrak tertinggi dalam sedekad yang kali terakhir dicapai pada tahun 2016,” katanya.

“Kami menjangkakan kitaran anugerah tender pusat pada separuh kedua tahun ini akan dipacu oleh beberapa keputusan anugerah bagi tender-tender yang telah dikemukakan pada separuh pertama tahun ini – ini termasuk beberapa tender bernilai berbilion ringgit bagi satu syarikat skala besar berpangkalan di Amerika Syarikat,” katanya.

HLIB berkata, walaupun berita mengenai kemungkinan sekatan terhadap cip kecerdasan buatan (AI) membimbangkan namun kontraktor Malaysia bergantung kepada syarikat skala besar berpangkalan di AS atau Barat untuk kerja-kerja pusat data.

“Selain pusat data, separuh kedua tahun ini mungkin menyaksikan lebih banyak perkembangan daripada sambungan Lebuhraya Baru Pantai, projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (subkontrak dan pakej sistem), manakala projek jalan raya berskala besar di Sabah dan Sarawak berkemungkinan menjadi kenyataan.

"Bagi segmen komersial (termasuk projek kediaman yang dibangunkan di atas tanah komersial), kekurangan kejelasan mengenai pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mungkin menjejaskan aliran projek dalam suku ketiga tahun ini," katanya.

Firma penyelidikan itu mengekalkan “overweight” terhadap sektor itu, dengan saham pilihan utama adalah Gamuda.- DagangNews.com

standard