Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.2 peratus pada 2027

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 5:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.2 peratus pada 2027

SEKTOR perkhidmatan diunjur mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 5.2 peratus pada 2027 dengan semua subsektor dijangka menunjukkan prestasi positif.

Menurut Tinjauan Ekonomi 2027, pertumbuhan itu akan disokong perkhidmatan digital bernilai tinggi dan penggunaan swasta yang berdaya tahan, seiring peningkatan ketibaan pelawat asing susulan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026-2027 (VM2026-2027) serta inisiatif agenda nasional bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi digital.

“Subsektor perdagangan borong dan runcit terus menjadi penyumbang utama kepada sektor perkhidmatan dengan pertumbuhan 4.4 peratus, terutama dipacu segmen perdagangan borong, manakala segmen kenderaan bermotor dijangka meningkat, disokong permintaan berdaya tahan terhadap kenderaan persendirian baharu, terutama kereta pemasangan tempatan.

“Subsektor maklumat dan komunikasi pula dijangka mengekalkan pertumbuhan kukuh sebanyak 7.9 peratus, disokong permintaan yang semakin meningkat terhadap pengkomputeran awan dan pendigitalan berterusan merentas perniagaan.

“Pertumbuhan itu turut dipacu operasi berterusan pusat data, pengembangan keterhubungan digital serta pembangunan infrastruktur telekomunikasi, termasuk Jalinan Digital Negara Fasa 2 (JENDELA Fasa 2) dan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM),” katanya.

Dalam pada itu, subsektor pengangkutan dan penyimpanan diunjur berkembang sebanyak 7.4 peratus pada 2027, disokong aktiviti perdagangan dan logistik yang berterusan serta permintaan terhadap perkhidmatan penggudangan dan pengedaran.

“Segmen pengangkutan darat akan disokong pelaksanaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), manakala permulaan operasi Sistem Rapid Transit Johor Bahru-Singapura (RTS Link) akan meningkatkan kesalinghubungan rentas sempadan serta menyokong aliran trafik penumpang, pelancongan, peruncitan dan aktiviti perniagaan.

“Dalam segmen pengangkutan udara, aktiviti perjalanan dan pelancongan serta peningkatan kapasiti lapangan terbang akan terus meningkatkan permintaan penumpang dan kargo udara.

“Pertumbuhan segmen pengangkutan air dijangka kekal kukuh pada 2027, disumbangkan aktiviti perdagangan yang tinggi dan kedudukan strategik Malaysia sepanjang laluan utama perkapalan serantau,” katanya.

Sementara itu, subsektor hartanah dan perkhidmatan perniagaan dijangka meningkat 7.0 peratus, didorong aktiviti pelaburan dan pembinaan yang berterusan termasuk pembangunan serta pengoperasian pusat data.

“Subsektor makanan dan minuman serta penginapan pula dijangka mengukuh sebanyak 6.0 peratus, manakala subsektor kewangan dan insurans diunjur berkembang 2.3 peratus, didorong aktiviti ekonomi yang berdaya tahan.

“Segmen insurans dijangka mendapat manfaat daripada pelaksanaan MediAsas di seluruh negara, meskipun pertumbuhan premium mungkin terkesan akibat kenaikan kos perubatan,” katanya.

Subsektor utiliti pula dijangka berkembang 3.7 peratus, dipacu peningkatan permintaan elektrik dan penggunaan air daripada pengguna industri dan komersial, antaranya susulan pengembangan operasi pusat data.

“Subsektor perkhidmatan lain dijangka meningkat 5.8 peratus, didorong perkhidmatan kesihatan dan pendidikan swasta, dengan perkhidmatan pendidikan swasta terus mengukuh susulan usaha meletakkan Malaysia sebagai destinasi pendidikan antarabangsa yang menarik.

“Sementara itu, subsektor perkhidmatan kerajaan dijangka mencatat pertumbuhan 4.5 peratus pada 2027, sebahagiannya disokong perbelanjaan bagi perkhidmatan dan bekalan serta emolumen,” katanya.

“Sementara itu, subsektor perkhidmatan kerajaan dijangka mencatat pertumbuhan 4.5 peratus pada 2027, sebahagiannya disokong perbelanjaan bagi perkhidmatan dan bekalan serta emolumen,” katanya. –UTUSAN

The post Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.2 peratus pada 2027 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved