Belanjawan 2027 lindungi isi rumah, sokong pelaburan perniagaan, pastikan pembaharuan fiskal kekal

Business & Finance
9 Oct 2026 • 7:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Belanjawan 2027 lindungi isi rumah, sokong pelaburan perniagaan, pastikan pembaharuan fiskal kekal

KUALA LUMPUR: Kumpulan AmBank menyambut baik Belanjawan 2027 sebagai pelan praktikal untuk mengekalkan pertumbuhan dalam persekitaran global yang mencabar.

Ia meneruskan pembaharuan terdahulu, memberikan bantuan bersasar kepadaisi rumah dan perniagaan, serta menyokong pelaburan dalam sektor bernilai tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Jamie Ling berkata, ini adalah belanjawan yang mengekalkan kesinambungan secara berdisiplin.

“Ia menyokong pertumbuhan tanpa mengabaikan tanggungjawab fiskal. Ia juga memberikan keyakinan yang lebih besar kepada isi rumah dan perniagaan untuk merancang, berbelanja dan melabur,” katanya dalam kenyataan sebagai mengulas perbentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Jamie berkata, belanjawan ini mengunjurkan pertumbuhan ekonomi antara4.2% hingga 5.2% pada tahun 2027. Ia juga menyasarkan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3.3% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 3.6% pada tahun 2026.

“Sokongan untuk isi rumah kekal penting. Bantuan tunai yang lebih tinggi, pelepasan cukai dan langkah-langkah berkaitan gaji dijangka dapat membantu melindungi kuasa beli serta menyokong penggunaan swasta,” katanya.

Menurut beliau, bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), jaminan pembiayaan melalui SJPP dan CGC telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion kepada RM32 bilion, sekali gus menambah baik akses kepada kecairan dan menyokong pengembangan perniagaan.

Katanya, langkah-langkah bagi automasi, pendigitalan dan kecerdasan buatan juga boleh membantu syarikat mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti.

“Peningkatan gaji dan produktiviti perlu bergerak seiring. Perniagaan memerlukan pembiayaan, teknologi dan kemahiran agar pembayaran gaji yang lebih baik dapatdi kekalkan secara mampan.

“Langkah-langkah pelaburan merangkumi sektor strategik, dana usaha niaga dan dana peringkat pertengahan, infrastruktur digital, peralihan tenaga serta Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.

“Inisiatif-inisiatif ini mampu memperkukuh peranan Malaysia dalam rantaian bekalan serantau dan menarik pelaburan bernilai lebih tinggi. Kualiti pelaburan adalah sama pentingnya dengan jumlah pelaburan itu sendiri.

“Manfaat sebenar akan diperoleh apabila projek-projek tersebut mewujudkan pekerjaan berkemahiran, rantaian bekalan tempatan yang lebih kukuh serta keupayaan baharu di Malaysia.

“AmBank bersedia untuk memainkan peranan kami. Kami akan bekerjasama dengan pelanggan, rakan kongsi industri dan institusi awam bagi menterjemahkan keutamaan Belanjawan ini kepada pelaburan, perniagaan yang lebih kukuh dan keterangkuman kewangan yang lebih meluas,” katanya.

The post Belanjawan 2027 lindungi isi rumah, sokong pelaburan perniagaan, pastikan pembaharuan fiskal kekal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved