“Selagi Orang Beri Kepercayaan, Saya Buat Je” – Fattah Amin Bersyukur Rezeki Tak Putus-Putus

EntertainmentLifestyle
3 Feb 2025 • 2:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon tampan, Fattah Amin meluahkan rasa syukur atas rezeki yang tidak putus-putus baik dari segi lakonan mahupun perniagaan.

Memetik dari OhBulan!, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, setiap pekerjaan yang ditawarkan kepadanya adalah satu tanggungjawab yang perlu dilakukan sebaik mungkin.

Alhamdulillah rezeki yang dah tertulis untuk saya. Apa yang penting, saya nak lunaskan tanggungjawab saya terhadap klien dengan baik.

image is not available

Pelakon itu turut berkata dia juga tidak menyangka bahawa rezekinya pada tahun ini akan melimpah ruah.

Walau bagaimanapun, dia menganggap segala yang dimilikinya adalah rezeki daripada Allah SWT.

Saya pun tak sangka rezeki saya melimpah ruah, tapi memang saya boleh katakan, setiap hari saya bekerja, Kadangkala sampai tak ingat pun jadual kerja saya.

 

Bila saya dah betul-betul penat, baru saya beritahu pengurus untuk ambil masa berehat. Selagi rezeki tu murah dan orang beri kepercayaan, saya buat je.

image is not available

Bagi Fattah, setiap rezeki yang diterimanya bukan hanya untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk dikongsikan bersama keluarga, pengurus dan pihak pengurusan yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.

Untuk tahun baru ini, kita mulakan dengan langkah kanan. Rezeki ini pun bukannya untuk saya seorang, tetapi berkongsi juga dengan pihak pengurusan saya, pengurus dan keluarga. Bila rezeki saya murah, orang sekeliling pun sama.

image is not available 3 days ago

“Budak 4 Tahun, Kita Tak Boleh Nak Jangka Apa Dia Akan Cakap...” - Fattah Amin Nafi Hubungan Dengan Anak Bermasalah