Macam tak serik! Kieda kongsi gambar dengan suami, siap kapsyen ‘loqsham’

EntertainmentLifestyle
23 Jun 2025 • 3:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Nampaknya usahawan makanan, Kieda Crepe sekali lagi mencuri tumpuan netizen di media sosial dan terlihat macam tak serik mengundang kontroversi apabila memuat naik gambar dengan suami berserta kapsyen yang mengundang.

Macam tak serik viral lagi

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, Kieda dilihat meninggalkan kapsyen ‘my loqshamm’ merujuk kepada suami selepas viral dirinya dikatakan dijangkiti herpes.

image is not available

Macam tak serik bergurau pasal ‘telur masam’

Walaupun tindakan yang dibuat oleh Kieda mungkin sekadar bergurau, namun ramai yang tidak senang dengan tindakan tersebut kerana dilihat merendahkan maruah seorang lelaki lebih-lebih lagi suami.

Netizen merasakan perkongsian tersebut sangat sensitif dan pastinya akan menjadi masalah di media sosial andai ia dilakukan pihak lelaki dengan meninggalkan kata-kata tidak sopan kepada perempuan.

image is not available

Ada duit tapi IQ macam tiada

Menjengah ke ruangan komen di platform X, ramai yang tidak setuju dengan hantaran yang dibuat oleh usahawan makanan itu kerana dilihat seperti tiada etika ketika menggunakan media sosial.

Mereka juga tertanya-tanya adakah usahawan itu tidak berasa malu dengan kenyataan yang dikeluarkan lebih-lebih lagi dia seorang yang dikenali umum.

image is not available

Dia tiada perasaan malu ke?

image is not available

Loqsham tu panggilan gedik buat suami ke?

image is not available

Bangga betul dia post macam ni, satu Malaysia tahu

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial apabila Kieda telah memaklumkan dirinya terkena jangkitan herpes dan berseloroh mengatakan ia berpunca daripada ‘telur masam’ suaminya.

Selepas teruk dikecam, suami kepada usahawan itu tampil mempertahankan isteri dan mengatakan apa yang dikongsikan isterinya hanyalah sekadar konten dan bukan realiti sebenar kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun, Insta Story gambar bersama suaminya dilihat sudah tiada berkemungkinan telah dipadam oleh Kieda.

Sumber: X _AmranFans