“Melawak Cara Sendiri Orang Terasa, Susahnya Jadi Seketul Kieda” – Kieda Crepe

EntertainmentLifestyle
23 Jun 2025 • 3:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan selepas isu lawak ‘herpes’, usahawan dessert sensasi iaitu Kieda Crepe teruk dikecam oleh warganet.

Kieda luah rasa sedih

Sedar diri teruk dikecam, Kieda tampil memuat naik satu hantaran video dengan menulis kapsyen panjang yang dipercayai merujuk kepada reaksi negatif warganet yang mengecamnya.

Kieda menulis di hantaran tersebut dengan meluahkan rasa kecewa kerana apa saja yang dilakukan olehnya semua salah di mata netizen.

Buat baik orang kata, buat jahat lagi dikata, melawak cara sendiri orang terasa. Melawak cara orang, kita terima. Susahnya menjadi seketul Kieda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalieda Yusra (@kiedx_)

Akan terus kekal jadi diri sendiri walaupun ramai tak suka

Dalam pada masa yang sama, usahawan itu turut memberi bayangan bahawa dia akan terus menjadi diri sendiri biarpun sedar ramai yang tidak menyukainya.

Hal yang lebih menarik, ruangan komen di hantaran tersebut ditutup oleh personaliti media sosial itu, barangkali tidak mahu netizen meninggalkan komen negatif lagi.

image is not available 23 hours ago

"Selagi Rezeki Mencurah, Selagi Tu Tak Goyah" - Tak Serik Dikecam Buat Lawak 'Telur Masam', 'Posting' Baru Kieda Crepe Curi Perhatian