Selain iPhone 15, AirPods Pro 2 Juga Dikemaskini Dengan Pengecas USB-C

TechnologyDigital
13 Sep 2023 • 2:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti dinantikan ramai sekian lama, hari ini Apple mengumumkan penyeragaman penggunaan kabel pengecacs untuk dua lagi peranti mereka yang sekian lama menggunakan Lightning, iaitu untuk iPhone dan juga pengecas AirPods Pro.

image is not available

Melalui siri iPhone 15, kini Apple menyertakan pengecas berasaskan USB-C bersama-sama dengannya, sekaligus menggantikan penggunaan Lightning sebelum ini.

Disamping untuk iPhone, pihak Apple juga turut menggantikan penggunaan pengecas pada kerangka pengecas AirPods Pro – turut kepada USB-C.

image is not available

Selain kemaskini USB-C, Apple juga menambah-baik AirPods Pro 2 dengan sokongan kalis air IP54 bersama-sama dengannya, disamping ia turut menawarkan sokongan audio nirhilang apabila digunakan bersama Vision Pro yang dijangka dilancarkan pada tahun hadapan.

Di Malaysia, AirPods Pro 2 dengan USB-C ini ditawarkan pada harga RM1099.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved