Selain penyatuan Melayu, pemimpin Umno digesa hormati juga MA63: Salleh

LocalPolitics
30 Aug 2026 • 12:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Selain penyatuan Melayu, pemimpin Umno digesa hormati juga MA63: Salleh

PETALING JAYA: Aspirasi penyatuan Melayu dan umat Islam lebih kukuh perlu dihormati dalam konteks sesuai, tetapi tidak patut menjadi satu-satunya kerangka dalam menentukan kestabilan politik Malaysia secara keseluruhan, kata Bendahari Umno Sabah, Salleh Said Keruak.

Beliau merujuk kenyataan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Jumaat lepas berhubung dapatan kajian empirikal menjurus kepada orang Melayu mengharapkan penyatuan ummah dapat direalisasikan dan kepentingan keindukan Melayu menjadi teras kestabilan politik negara.

Salleh berkata, kestabilan politik di peringkat nasional juga perlu mengiktiraf sejarah, komposisi masyarakat serta realiti politik di Sabah dan Sarawak.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata, Sabah dan Sarawak mempunyai masyarakat sangat majmuk, terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan budaya, justeru tradisi politiknya dibentuk berasaskan keterangkuman, sikap saling menghormati serta kesediaan bertolak ansur antara masyarakat berbilang kaum.

Beliau turut mengingatkan sejarah Sabah, Sarawak bersama Semenanjung dan Singapura membentuk Malaysia pada 1963 berasaskan persetujuan, jaminan serta semangat perkongsian terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 Sept ini, tegasnya, pemimpin negara perlu memahami serta menghormati asas sejarah pembentukan negara.

“Sejarah ini kekal penting dalam cara rakyat Sabah dan Sarawak memahami kedudukan kita dalam persekutuan. Sama pentingnya bagi saudara kita di Semenanjung Malaysia untuk memahami dan menghargai sejarah ini serta semangat perkongsian yang menjadi asas pembentukan Malaysia.

“Kestabilan jangka panjang Malaysia mestilah bersifat inklusif. Ia perlu mengiktiraf kepelbagaian kita, menjunjung semangat federalisme serta menghormati sejarah, kedudukan dan aspirasi Sabah dan Sarawak.

“Malaysia akan terus kukuh apabila semangat perkongsian yang menjadi asas pembentukannya terus dihormati, dan apabila setiap wilayah dalam persekutuan berasa dihargai, diwakili serta mempunyai kepentingan sama dalam menentukan masa depan kita bersama,” katanya dalam catatan di Facebook.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved