‘Selalu kira jumlah anak’ – Zizie Izette cemas anak hilang ‘5 minit’

LocalFamily & Parenting
25 Aug 2026 • 7:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Selalu kira jumlah anak’ – Zizie Izette cemas anak hilang ‘5 minit’

PETALING JAYA – Pelakon Zizie Izette berkongsi detik mencemaskan apabila anak lelakinya Aaleph hilang ketika mereka berkunjung ke pusat beli-belah terkemuka ibu negara, Suria KLCC.

Dalam perkongsian yang dimuatkan dalam Threads, Zizie atau nama lengkapnya Zizie Izzette Abdul Samad, 48, memaklumkan dia pergi ke lokasi berkenaan itu tanpa pembantunya.

“Oh Tuhan. Hari ini saya kehilangan anak lelaki saya di KLCC. Hari ini saya membuat keputusan untuk tidak membawa pembantu sebab kononnya nak ‘bonding time’ antara ibu dengan anak-anak.

“Sewaktu saya di kaunter bank, tiba-tiba anak saya Adam datang dalam keadaan panik beritahu Aaleph hilang. Saya terus tinggalkan kad pengenalan dan buku bank pada pegawai bank dan berlari mencari Aaleph.

“Lima minit kemudian, pihak KLCC menghubungi saya dan memberitahu menemui seorang budak lelaki. Alhamdulillah itu ialah anak saya Aaleph. Nasib baik saya selalu ajar anak-anak saya untuk hafal nombor telefon saya jika ada kecemasan,” tulisnya.

Tambah pelakon drama Aduhai Esah itu lagi, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas apa yang berlaku kerana perkara itu berlaku di atas kecuaiannya sendiri.

“Saya tak salahkan sesiapa. Saya pun cuai juga. Jalan laju sangat sampai tak pandang belakang.

“Saya jadikan ini sebagai pengajaran. Kalau keluar dengan lima orang anak, jangan anggap semua tengah ikut. Sentiasa kira jumlah anak-anak setiap lima minit.

“Mama inginkan ‘bonding time’, tetapi yang dapat adalah kardio dan serangan panik,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Selalu kira jumlah anak’ – Zizie Izette cemas anak hilang ‘5 minit’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved