Selalu Rasa Nak Makan Macam-macam? Ini 5 Tip Bantu Kawal Keinginan "Craving"

Health & Fitness
17 Mar 2026 • 5:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Selalu Rasa Nak Makan Macam-macam? Ini 5 Tip Bantu Kawal Keinginan "Craving"

Hampir setiap hari kita akan berdepan dengan rasa craving. Sama ada terhadap makanan atau minuman, keinginan ini kadangkala datang tanpa diduga.

Lebih menarik, ia bukan sekadar rasa teringin biasa, ada waktunya ia boleh membuatkan kita gelisah dan asyik terfikir selagi tidak mendapatkannya.

Sebenarnya, lapar merupakan keperluan fizikal untuk makanan, manakala keinginan makan bersifat lebih psikologi. Kesedaran terhadap perbezaan ini dapat membantu anda membuat keputusan pemakanan yang lebih bijak.

Justeru, SK kali ini akan menghuraikan beberapa pendekatan mudah bagi mengawal keinginan atau craving.

Cuba kawal craving dengan tip ini

Amalkan pelbagai jenis makanan

Menurut portal Scripps, tubuh manusia memerlukan nutrien dan vitamin daripada pelbagai jenis makanan kerana tiada satu jenis makanan mampu membekalkan semua keperluan nutrisi.

Pakar perubatan dalaman, Vikki Lane berkata pengambilan makanan yang pelbagai memudahkan anda mendapatkan diet seimbang serta nutrien penting yang diperlukan setiap hari.

image is not available

Adakala keinginan makan tertentu menunjukkan kekurangan nutrien tertentu.

Contohnya, jika anda mengidam makanan manis, anda mungkin kekurangan kromium, mineral yang terdapat dalam buah-buahan tertentu.

Minum air kosong secukupnya

Selain itu, kekurangan air boleh menyebabkan tubuh tersalah tafsir dahaga sebagai lapar, seterusnya mendorong pengambilan kalori yang tidak diperlukan.

image is not available

Membawa botol air dan minum secara konsisten membantu mengekalkan hidrasi serta mengurangkan risiko makan berlebihan.

Rancang waktu makan dan snek secara konsisten

Merancang makanan dan snek harian atau mingguan dapat mengelakkan ketidakpastian yang mendorong pengambilan makanan ringan tidak sihat.

Apabila sudah mengetahui apa yang akan dimakan, anda kurang cenderung mencapai makanan ringan secara impulsif.

image is not available

Anggap waktu makan sebagai “titik tenaga”, iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam sebagai tiga waktu utama.

Di antara waktu tersebut, ambil snek kecil berkhasiat seperti segenggam kacang, sebiji buah atau yogurt bagi mengawal rasa lapar.

“Ambil makanan pada waktu yang sama setiap hari dan sediakan snek berkhasiat untuk mengelakkan lapar serta penurunan gula dalam darah yang boleh mencetuskan keinginan makan,” kata Dr. Lane.

Elakkan terlalu lapar

Rasa lapar yang melampau boleh mendorong pengambilan makanan manis untuk mendapatkan tenaga segera.

"Jika terlalu lapar, anda mungkin makan berlebihan dan mengidam makanan segera seperti coklat yang cepat diserap oleh badan

image is not available

"Sebaliknya, pilih snek seperti buah-buahan, kacang, sayur-sayuran atau biji-bijian," kata Dr. Lane lagi.

Menyediakan snek sihat di rumah memudahkan anda membuat pilihan yang lebih baik dan mengurangkan risiko makanan tinggi gula atau lemak seperti biskut atau ais krim.

Cuba kawal stress anda

Menurut portal Scripps, tekanan boleh meningkatkan pengeluaran hormon kortisol yang merangsang selera makan dan keinginan terhadap makanan berkalori tinggi.

Bagi mengawal keinginan makan, pengurusan tekanan adalah penting. Kenal pasti punca tekanan, contohnya terlalu kerap mengikuti perkembangan terkini.

image is not available

Sokongan sosial turut memainkan peranan penting. Kekalkan hubungan dengan rakan atau ahli keluarga yang menyokong bagi membantu mengurus tekanan dengan lebih berkesan.

Baca juga: