Tak perlu risau anak lagi, Kinderhub pusat jagaan dalam pejabat memudahkan ibu bapa bekerja

LocalFamily & Parenting
7 Mar 2026 • 3:05 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BEKERJA sambil membesarkan anak memang satu cabaran besar. Ramai ibu bapa yang rasa macam kena pilih antara kerjaya atau keluarga. Tapi sekarang, ada cara yang lebih praktikal untuk bantu mereka, pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja.

Idea ini bukan sekadar bonus atau kemudahan tambahan, tapi dah mula jadi strategi penting bagi syarikat yang nak pekerja kekal lama dan lebih fokus.

Salah satu contoh terbaik datang daripada Melody Kindyland. Mereka kini dilantik untuk uruskan Kinderhub, pusat jagaan kanak-kanak untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menariknya, pendekatan ni tunjukkan bahawa syarikat dah mula lihat kemudahan jagaan anak bukan sekadar inisiatif kebajikan, tapi satu keperluan untuk tenaga kerja moden.

image is not available

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Melody Kindyland, Samuel Swea, akses kepada pusat jagaan yang berkualiti beri impak besar terhadap komitmen pekerja.

“Kalau pusat jagaan beroperasi dalam pejabat atau kawasan kerja, ia kena ikut piawaian yang tinggi. "Dari segi tadbir urus dan ketelusan, pengalaman kami membolehkan sistem pengurusan disesuaikan dengan keperluan organisasi berskala besar,” jelas beliau

Sebelum ini, pusat jagaan korporat jarang ada di Malaysia sebab kos tinggi dan urusan pentadbiran agak rumit. Tapi sekarang, dengan ramai isi rumah ada dua sumber pendapatan dan persaingan nak tarik pekerja mahir semakin sengit, majikan mula fikir semula cara mereka sokong pekerja.

Bagi ibu bapa yang bekerja, kemudahan jagaan anak yang selamat dan dekat memang sangat membantu. Tak perlu risau anak jauh atau bergantung pada orang lain. Boleh fokus kerja, anak pun dijaga dengan baik.

Untuk MCMC sendiri, adanya pusat jagaan dalaman ni memang satu langkah bijak. Kerjasama dengan Melody Kindyland memastikan semua aspek, dari keselamatan, pematuhan undang-undang, hingga kualiti pendidikan, diurus secara profesional.

image is not available

Ini berbeza dengan prasekolah biasa di kawasan perumahan sebab pusat jagaan korporat kena ikut sistem keselamatan pejabat, garis panduan tadbir urus, dan struktur pelaporan dalaman.

Peranan Melody Kindyland memang luas, dari perancangan pusat, pastikan semua peraturan dipatuhi, ambil tenaga pengajar, hinggalah pemantauan operasi harian. Semua ni perlukan keseimbangan antara pendidikan awal kanak-kanak dan pengurusan korporat.

“Organisasi besar memang nak telus dari segi kos dan akauntabiliti. "Jadi kami sentiasa perkemas dan tambah baik proses dalaman supaya tadbir urus lebih cekap dan telus,” katanya lagi.

Melody Kindyland juga yakin model ni boleh dikembangkan ke lebih banyak negeri. Untuk syarikat yang ada banyak cawangan, penting untuk pastikan kurikulum dan latihan guru seragam supaya mutu pendidikan konsisten.

image is not available

Kalau tengok dari segi perniagaan, pusat jagaan yang tersusun ni membantu pekerja kekal lama, dan ramai ibu bapa lebih mudah kembali kerja selepas cuti bersalin bila ada sistem sokongan macam ni.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, sendiri berharap lebih banyak agensi kerajaan dan syarikat swasta ikut jejak langkah ni.