Selalunya Dapat Pujian Melambung, Tapi Hadiah ‘Birthday’ Hafiz Mahamad Tahun Ini Buat Ramai ‘Cringe’?

30 Aug 2023 • 1:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dikenali sebagai pasangan suami isteri yang ‘sweet’ dan memberi inspirasi kepada ramai dengan kebaikan yang mereka lakukan, Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad raih perhatian baru-baru ini.

Berkongsi video yang dirakam ketika memberikan kejutan buat suami, Aina telah membuatkan Hafiz terdiam selepas melihat hadiah yang diberikan.

Hadiah tersebut merupakan sebuah papan tanda iklan yang memaparkan wajah Hafiz berserta ucapan hari lahirnya yang ke 30 tahun.

Bagaimanapun, perkara itu menjadi bualan warganet di Twitter di mana ramai yang akui mula bosan dengan pasangan tersebut.

Menurut mereka, pasangan terbabit sebenarnya menunjukkan kekayaan dalam diam malah ada yang berkata hadiah Aina kepada Hafiz tahun ini ‘cringe’.

image is not available image is not available

Segelintir individu bagaimanapun tidak menidakkan bahawa kita perlu hargai dan bahagiakan pasangan tetapi tidak perlulah beria-ia.

Seorang individu berkata mungkin lebih bagus jika duit yang dibelanjakan untuk billboard itu boleh disedekahkan kepada yang memerlukan.

image is not available

Bukan hanya billboard itu, Aina juga turut menghadiahkan Hafiz sebuah buku yang diterbitkan khas selepas dia menemu bual semua insan penting dalam kehidupan suaminya.

Meskipun begitu, hantaran Instagram pasangan tersebut dihujani dengan ucapan hari lahir serta doa agar Aina dan Hafiz kekal hingga ke hujung nyawa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 weeks ago

"Tak Cukup Nanti Abang Tambah" - Staf 'Struggle' Sampai Ikat Perut, Hafiz Mahamad Beri RM10K Cukupkan Duit Kahwin