
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seorang kru drama ‘Dua Nyawa’ mencuri perhatian ramai selepas tampil bersuara di media sosial mengenai dakwaan gangguan seksual di set penggambaran seperti yang didakwa pelakon, Puteri Balqis sebelum ini.
Kru Tegaskan Wajar Ambil Tindakan Jika Pelakon Memang Benar Lakukan Perbuatan Meraba
Menurut kru tersebut, perbuatan meraba adalah salah di sisi agama dan jika betul perkara itu berlaku, pihak terlibat wajar dikenakan tindakan.
“Kalau Tak Ada Babak Yang Perlukan Pelakon Untuk Bersama, Semua Buat Hal Masing-masing” – Kru
Bagaimanapun jelasnya, ketiga-tiga pelakon membintangi drama iaitu, Puteri Balqis, Zarif Ghazzi dan Jazmy Juma menjaga batas masing-masing sepanjang berada di set dan mempromosi drama tersebut.
Malah dia juga berkata setiap pelakon akan sibuk dengan urusan sendiri jika tidak ada babak yang memerlukan mereka untuk bersama.
“Selama saya turun set untuk buat konten dengan pelakon, saya tak pernah nampak di antara mereka yang tak selesa dengan masing-masing. Malah, kalau tak ada babak yang memerlukan mereka untuk bersama, semua buat hal masing-masing.
“Ada yang lepak dengan tunang, ada yang lepak dengan PA, ada yang tidur dalam kereta dengan kipas kesayangannya.
“Selama konten promo yang kami buat, ketiga-tiga mereka menjaga batas dan tak berlebihan. Zarif hormat Puteri Balqis yang ada dengan tunangnya selalu dan Jazmy juga menjaga batasnya sebab dah ada isteri,” katanya yang dikenali sebagai Aliah.
Kru Terkejut Timbul Kes Gangguan Seksual, Nafi Ianya Marketing Kerana Ia Tak Sebarkan Apa-apa Manfaat
Dakwaan yang timbul itu membuatkan Aliah terkejut selain mempersoalkan adakah kejadian itu benar-benar terjadi kerana dakwanya kesemua pelakon kekal tenang sehingga ke akhir penggambaran.
Dalam masa sama, kru tersebut turut meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang berkata ia merupakan gimik bagi mempromosikan drama sahaja.
“Saya juga terkilan bila ada yang kata ini semua marketing. Saya seorang perempuan, penulis drama ini seorang perempuan, penerbit juga seorang perempuan.
“Takkan lah kami tergamak nak buat konten menggunakan isu sensitif seperti gangguan seksual sedangkan konten seperti ini tidak dapat sebarkan apa-apa manfaat atau sebarang mesej pun,” katanya.
Kru Mohon Orang Ramai Beri Sokongan Kepada Drama Dua Nyawa
Aliah turut berharap agar kebenaran akan terbukti dan menyebelahi kepada pihak yang benar.
Dalam pada itu, dia juga memohon jasa baik orang ramai supaya menyokong drama itu bagi menghargai usaha penulis, penerbit, dan kru yang bertungkus-lumus kerja hingga lewat malam bagi menjayakan drama Dua Nyawa.
View on Threads
‘Kalau Di Set, Zarif Akan Berehat Atau Luangkan Masa Perbaiki Skrip’ – Kru
Sementara itu, seorang lagi kru drama dikenali sebagai Tariq dalam hantaran di akaun Threads miliknya berkata Zarif akan berehat atau meluangkan masa dengan pelakon serta kru lain untuk membaca dan memperbaiki skrip sekiranya mempunyai masa lapang di set.
Malah dakwanya, Zarif tidak pernah dilihat duduk berduaan atau bermesra dengan pelakon lain dipercayai merujuk kepada Aqish.
“Lagipun tunang dia ada bersama dia sepanjang masa di set.
“Jadi saya tak nampak macam mana Zarif boleh melakukan perkara seperti yang didakwa apabila dia ada hak untuk mengadu kepada tunang, ayahnya, ahli kru atau produksi pada hari atau minggu kejadian. Kalaulah betul Zarif yang buat,” dakwanya.
View on Threads
Dalam pada itu, iQIYI menerusi satu kenyataan mengambil maklum mengenai isu tular membabitkan salah satu produksi Malaysia.
Pihaknya juga sedang berhubung dengan produksi bagi mengetahui lebih jelas situasi ini selain memastikan apa sahaja di bawah tanggungjawab mereka akan ditangani secara adil.
Sebelum ini Aqish telah memuat naik hantaran di Instagram mendakwa ada pelakon lelaki yang cuba bergesel serta berlaga dengannya di set pengambaran tanpa sebab.
Susulan hantaran itu, orang ramai kemudiannya mengaitkan hantaran tersebut dengan pelakon yang sedang membina nama, Zarif yang juga secara kebetulan bergandingan dengan aktres terbabit dalam drama ‘Dua Nyawa’ terbitan iQIYI.
Zarif Ghazzi Nafi Dakwaaan Terlibat Gangguan Seksual
Bagaimanapun semalam (18 November), pihak pengurus kepada aktor terbabit, Faiz Aizat memaklumkan bahawa Zarif Ghazzi menafikan dakwaan tersebut selain turut membuat laporan polis berhubung hal itu.
Menerusi kenyataan terbabit, Faiz menjelaskan pihaknya mengambil maklum serta memandang serius terhadap isu dan dakwaan yang sedang diperkatakan membabitkan artis di bawah pengurusan mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Tular, Sudah Lapor Polis & Lantik Peguam
Baca Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Mohon Maaf Guna Bahasa Kasar, Pihak Produksi Siasat Dakwaan Gangguan Seksual [Video]
Baca Artikel Berkaitan: ‘Boleh Spill & Block Aku, Dah Biasa Dengan Haters’ – Posting Puteri Balqis Curi Tumpuan Selepas Dakwa Ada Pelakon Cuba Bergesel




