
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan kata-kata semangat kepada kontinjen Malaysia yang bakal menggalas cabaran negara pada Temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.
Beliau berharap atlet negara membawa semangat juang, keberanian dan tekad yang tinggi bagi memberikan persembahan terbaik sepanjang temasya berkenaan.
“Selamat berjuang buat kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
“Bawalah semangat juang, keberanian dan tekad untuk memberikan yang terbaik,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.
Anwar turut menegaskan bahawa seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh memberikan sokongan kepada kontinjen negara.
“Seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh bersama anda. Terus melangkah, cipta kejayaan dan harumkan nama negara!,” katanya.
Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 24 Oktober ini.
Media sebelum ini melaporkan, kontinjen Malaysia menyasarkan enam pingat emas, 10 perak dan 16 gangsa menerusi penyertaan dalam beberapa acara termasuk olahraga, badminton dan boccia. – KOSMO! ONLINE
The post Selamat berjuang kontinjen Malaysia di Para Asia Aichi-Nagoya – PM appeared first on Kosmo Online.





