Selamat Datang Disney+ Hotstar Ke Samsung TV – Kini Boleh Dimuat Turun

TechnologyDigital
16 May 2023 • 2:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Akhirnya selepas dua tahun Disney+ Hotstar dilancarkan di Malaysia pengguna Samsung TV kini boleh memuat turun aplikasi penstriman video Disney ini. Kebanyakan televisyen pintar Samsung yang menjalankan Tizen OS dilihat telah boleh memuat turun aplikasi ini sejak semalam.

Hal ini serentak dengan pengenalan kemaskini antaramuka baharu Disney+ Hotstar yang mirip dengan Disney+ asal. Bermula semalam pengguna web dan iOS mula menerima kemaskini ini dan sejurus selepas itu ramai pengguna Samsung TV akhirnya dapat menikmati perkhidmatan penstriman ini.

image is not available

Sebelum ini ia hanya ditawarkan kepada pengguna web, Android TV, Apple TV, webOS, Android, iOS dan beberapa TV terpilih. Pengguna Samsung harus menukar tetapan negara televisyen yang agak melecehkan. Tetapi, dengan penawaran ini hari ini, ia sekaligus memudahkan para pengguna televisyen Samsung untuk menikmati perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar dengan mudah pada kaca televisyen masing-masing.

Kemaskini baharu Disney+ Hotstar ini turut hadir dengan ciri mengunci kandungan dewasa. Harga langganan juga masih sama iaitu RM54.90 untuk 3 bulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved