Selamat hari lahir, Iron lady. Lembut bila perlu, kental bila diuji – Syed Saddiq

EntertainmentLifestyle
15 Mar 2026 • 4:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat memberi bayangan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, sempena ulang tahun kelahiran Bella yang ke-32, semalam.

Bekas menteri Kabinet itu bukan sahaja menghadiahkan sejambak bunga mawar merah kepada ibu tunggal berkenaan, malah membawa Bella beserta dua anaknya menikmati hidangan di sebuah restoran mewah.

image is not available

image is not available

Dalam hantaran di Instagram miliknya hari ini, Syed Saddiq menyifatkan Bella sebagai seorang wanita yang kuat dan tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

“Lembut bila perlu, kental bila diuji. Itulah Bella yang saya kenali. Selamat hari lahir, Iron Lady,” katanya.

Beliau turut memuji kecomelan anak perempuan Bella, Ara, yang sudah mempunyai hubungan rapat dengannya.

“Ara memang puteri dari segala puteri,” pujinya.

image is not available

image is not available

Perkongsian tersebut menarik perhatian peminat yang tersentuh melihat kemesraan mereka, selain mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

image is not available

image is not available

Artikel lain:

Sebelum ini, Bella, 32, dan Syed Saddiq, 33, dikatakan semakin rapat selepas bergandingan mewakili beberapa jenama, namun masing-masing menegaskan hubungan mereka masih sekadar rakan.

Sumber: Threads Syed Saddiq