Selamba Buat Hal? Jemaah Indonesia Didakwa Jual Rojak Ketika Tunai Haji

19 Jun 2024 • 11:56 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular video memaparkan dua orang wanita yang dipercayai dari jemaah dari Indonesia mengambil peluang untuk meraih wang dengan jual rojak ketika melakukan ibadah Haji di Padang Arafah.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @halobangkalan telah memuat naik satu video memaparkan wanita-wanita tersebut sedang menyediakan hidangan rojak.

Jemaah Indonesia didakwa jual rojak ketika tunai Haji

Menurut individu yang mengambil rakaman video tersebut, wanita-wanita tersebut sedang menyediakan hidangan rojak untuk dijual di Padang Arafah.

Pada video itu, kelihatan wanita-wanita itu cukup bersedia dengan bahan-bahan yang diperlukan kerana mereka mempunyai peralatan seperti cobek dan bekas-bekas bungkusan.

image is not available

Tidak cukup dengan itu, wanita-wanita itu turut menyediakan hidangan tersebut dengan dikelilingi sampah-sarap yang bertaburan di atas tanah.

Wanita-wanita yang berjualan itu juga tanpa segan silu melakukan perniagaan dan menjadi punca kekotoran di kawasan tersebut.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkedu dengan tindakan kedua-dua wanita tersebut kerana sempat mengambil kesempatan ketika orang lain sedang beribadah.

Sampai ke sana bawa perangai ye

image is not available

Menyempat ye

image is not available

Bila nak berubah…

image is not available

Perangai sama kat mana2

image is not available

Dorang ni lain sikit

image is not available

Malah ada juga warganet yang mempersoalkan bagaimana individu-individu itu terlepas dan boleh membawa peralatan dan bahan-bahan mentah untuk menyediakan hidangan itu.

Macamana boleh bawa bahan2 tu?

image is not available

image is not available

image is not available

Macamana boleh bawa cobek??

image is not available

Sempat pula…

image is not available

Takde mutawif ke?

image is not available

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang masih menyuarakan sokongan terhadap kedua-dua wanita tersebut kerana sempat mengambil masa untuk berniaga walaupun ketika sedang beribadah.

Wah, sambil2 ibadah haji sempat cari rezeki

image is not available

Haih, macam-macamlah dorang ni. Sepatutnya dah dapat peluang lawat rumah Allah, beribadahlah bersungguh-sungguh.

Sumber: TikTok @hal0bangkalan