Tingkap Di ‘Gym’ Terbuka, Wanita Maut Jatuh Dari ‘Treadmill’

Entertainment
19 Jun 2024 • 4:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja, sebabkan itu kita perlu sentiasa menjaga keselamatan dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Terbaru, satu kemalangan ngeri berlaku yang menyebabkan nyawa seorang wanita melayang ketika dia sedang bersenam menggunakan treadmill di sebuah gimnasium sebelum tercampak ke belakang dan jatuh dari tingkap yang terbuka.

Insiden itu menyebabkan wanita tersebut maut kerana gimnasium itu terletak di tingkat tiga premis tersebut.

Menurut laporan Detik, kejadian itu berlaku di Kota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden itu tular di media sosial.

“Betul, mangsa meninggal berkemungkinan kerana dia tidak biasa menggunakan treadmill, dia melantun ke belakang lalu jatuh dari tingkap,” kata Ketua Polis Daerah Pontianak Komisioner Adhe Hariadi.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pontianak, Antonius Trias Kuncorojati, mendedahkan kejadian itu berlaku di K-Gym, Jalan Paris II, Daerah Pontianak Tenggara, semalam sekitar pukul 2.30 petang.

Daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dapat dilihat treadmill tersebut membelakangi tingkap gimnasium tersebut.

Antonius mengesyaki mangsa keletihan tetapi treadmill masih berjalan, kebetulan tingkap di belakang mangsa dalam keadaan terbuka.

Menurutnya lagi, tingkap itu biasanya ditutup namun ketika hari kejadian tingkap di belakang mangsa itu berada dalam keadaan terbuka.

Sumber: Detik

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.