Selamba ‘Rembat’ Telefon Bimbit Di Summer Mall, Wanita Minta Netizen Kesan Suspek

8 May 2023 • 1:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku di salah sebuah kedai di dalam Summer Mall

Selamba ‘Rembat’ Telefon Bimbit Di Summer Mall, Wanita Minta Netizen Kesan Suspek. Baru-baru ini tular satu perkongsian di Facebook mengenai sebuah rakaman CCTV yang memaparkan kejadian kecurian di pusat beli belah Summer Mall, Kota Samarahan.

Rakaman itu dikongsikan oleh Nurhaliza Siti di laman Facebook miliknya.

image is not available
Selamba ‘Rembat’ Telefon Bimbit Di Summer Mall, Wanita Minta Netizen Kesan Suspek. Kredit: Facebook

Difahamkan, seorang lelaki dengan selambanya mencuri sebuah telefon bimbit untuk kegunaan salah sebuah kedai yang beroperasi di dalam pusat belah itu.

Kejadian itu berlaku sekelip mata tanpa disedari oleh pekerja kedai tersebut.

Namun, aksinya berjaya terakam menerusi rakaman CCTV milik kedai tersebut.

image is not available

Menerusi rakaman itu suspek dilihat menggunakan sweater lengan panjang berwarna kelabu, seluar pendek berwarna ‘pelangi’ dan pelitup muka berwarna hitam.

Suspek kini dalam buruan

Walaupun menggunakan pelitup muka, namun muka suspek jelas dilihat menerusi CCTV.

image is not available

Kejadian itu dikatakan berlaku pada hari semalam pada jam 11: 45 pagi.

Dalam pada itu, pemilik video ini meminta netizen untuk membantunya mengesan individu dalam video tersebut.

Baca lagi artikel menarik: