Selangor Lancar Bantuan Sarapan Percuma Sekolah Bermula Ogos

LocalFamily & Parenting
14 Jul 2026 • 12:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bermula Ogos ini, kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan program bantuan sarapan percuma sekolah yang bakal memanfaatkan kira-kira 120,000 pelajar.

Inisiatif ini melibatkan 965 sekolah termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama JAIS serta institusi berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

Pelajar terpilih terima sarapan dua hingga tiga kali seminggu

Menerusi perkongsian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pelajar yang layak akan dikenal pasti melalui data JPN Selangor.

Mereka akan menerima sarapan dua hingga tiga kali seminggu sebagai usaha membantu mengurangkan beban keluarga yang memerlukan.

Program ini juga dilihat sebagai langkah memastikan pelajar tidak hadir ke sekolah dalam keadaan lapar, sekali gus membantu mereka lebih fokus dalam pembelajaran.

Menurut Amirudin, negara maju seperti Finland dan United Kingdom sudah lama membuktikan bahawa program sarapan percuma bukan satu pembaziran.

Image from: Selangor Lancar Bantuan Sarapan Percuma Sekolah Bermula Ogos

Sebaliknya, ia dianggap sebagai satu bentuk pelaburan terhadap masa depan pelajar.

Malah, India yang memperkenalkan program seumpama ini pada tahun 2022 turut menyaksikan peningkatan kehadiran pelajar serta penurunan kadar keciciran secara ketara.

Tambah Amirudin, pelaksanaan bantuan sarapan percuma sekolah ini menggunakan mekanisme hampir sama dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sudah lama berjalan.

Penerima bantuan juga sudah dikenal pasti bagi memastikan program ini benar-benar sampai kepada golongan sasaran.

Dalam masa sama, inisiatif ini merupakan antara usaha Kerajaan Negeri Selangor membantu ibu bapa yang terkesan akibat krisis Asia Barat yang melanda.

Berdasarkan poster yang dikongsikan, program Bantuan Sarapan Percuma Sekolah Melalui PBT ini berada di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor dengan peruntukan RM14.4 juta.

Pssttt! Program bantuan sarapan percuma sekolah ini wajar dilihat sebagai satu usaha penting untuk menjaga kebajikan pelajar, khususnya mereka daripada keluarga yang memerlukan.

Bila anak-anak dapat memulakan hari dengan perut terisi, tumpuan mereka di sekolah juga mungkin menjadi lebih baik. Semoga pelaksanaan program ini berjalan lancar dan benar-benar memberi manfaat kepada pelajar yang memerlukan.

Kredit: Facebook Amirudin Shari
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Selangor Lancar Bantuan Sarapan Percuma Sekolah Bermula Ogos appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved