Selangor peruntuk RM2.1 juta baik pulih tiga PPR

1 Nov 2026 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor peruntuk RM2.1 juta baik pulih tiga PPR

HULU SELANGOR, 1 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.1 juta tahun ini bagi kerja baik pulih tiga Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Baru Hicom, Kota Damansara dan Serendah.

EXCO Perumahan, Datuk Borhan Aman Shah berkata peruntukan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan kemudahan perumahan sedia ada sentiasa diselenggara dan ditambah baik demi kesejahteraan penghuni.

"Komitmen ini membuktikan bahawa usaha Kerajaan Negeri tidak terhenti setakat menyediakan kediaman kepada rakyat, tetapi turut merangkumi tanggungjawab memastikan kemudahan perumahan sedia ada terus dipelihara dan ditambah baik demi kesejahteraan penghuninya.

"Selain memberi perhatian kepada penyelenggaraan dan kerja kerja baik pulih PPR sedia ada, Kerajaan Negeri turut memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dalam usaha memperluas penyediaan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah," katanya.

Image from: Selangor peruntuk RM2.1 juta baik pulih tiga PPR
EXCO Perumahan, Datuk Borhan Aman Shah hadir program Rewang Komuniti Strata di PPR Seri Kiambang, Serendah pada 31 October 2026. Foto Facebook Borhan Aman Shah

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Rewang Komuniti Strata di Pangsapuri Seri Kiambang (PPR Serendah) di sini, malam tadi.

Menurutnya, antara usaha yang sedang dilaksanakan bagi memperluas penyediaan perumahan rakyat termasuk pembangunan Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI di Bestari Jaya serta perancangan projek PRR di Dengkil, Sepang.

Selain itu, beliau berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengambil alih pengurusan PPR Lembah Subang 1 daripada KPKT berkuat kuasa 1 April lalu bagi memastikan pengurusan perumahan rakyat lebih cekap, sistematik dan berkesan.

Image from: Selangor peruntuk RM2.1 juta baik pulih tiga PPR
EXCO Perumahan, Datuk Borhan Aman Shah (kanan) bersama penduduk bergotong-royong menyediakan juadah pada Program Rewang Komuniti Strata di Pangsapuri Seri Kiambang (PPR Serendah), Hulu Selangor pada 31 Oktober 2026. Foto Facebook Borhan Aman Shah

Sementara itu, Program Rewang Komuniti Strata yang diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2024 menjadi platform memperkukuh hubungan kejiranan dan menghidupkan budaya gotong-royong dalam kalangan penduduk.

Program itu turut membuka ruang kepada jabatan dan agensi kerajaan untuk mendekati masyarakat serta menyampaikan perkhidmatan secara langsung.

Bertemakan "Sehati Bersama Rakyat", program berkenaan diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk sukaneka untuk kanak-kanak, golongan dewasa dan warga emas, gotong-royong serta penyediaan makanan secara rewang.

Turut diadakan program Ziarah Kasih bagi menyantuni keluarga dan meninjau keadaan kehidupan penduduk setempat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved