Selangor peruntukan RM1 juta tubuh MIHC perkukuh usaha bantu Gaza

3 Oct 2025 • 10:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 OKT: Kerajaan Negeri memperuntuk RM1 juta setahun bagi menubuhkan Malaysian International Humanitarian Centre (MIHC) sekali gus memperkukuh misi kemanusiaan di Gaza serta bantuan bencana alam dalam negara.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dana itu membolehkan MIHC bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggerakkan pelbagai inisiatif termasuk sokongan logistik, penyediaan kemudahan dan penglibatan sukarelawan.

“MIHC bukan sahaja menyalurkan bantuan antarabangsa, malah turut turun membantu ketika berlakunya tanah runtuh, banjir dan pelbagai musibah di Malaysia. Dengan sumbangan ini, kita harap misi mereka lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau menegaskan sokongan tahunan itu membuktikan Selangor serius dalam perjuangan kemanusiaan yang merentasi sempadan.

BERITA LANJUT MENYUSUL