Selangor salur RM1 juta setahun kepada MIHC bantu Gaza

LocalPolitics
3 Oct 2025 • 10:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 OKT: Kerajaan Negeri menyalurkan RM1 juta setahun kepada Malaysian International Humanitarian Centre (MIHC) bagi memperkukuh misi kemanusiaan di Gaza dan bantuan bencana dalam negara.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata, dana tersebut membolehkan MIHC bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggerakkan pelbagai inisiatif termasuk sokongan logistik, kemudahan dan sukarelawan.

“MIHC bukan hanya menyalurkan bantuan antarabangsa, malah turut membantu ketika berlaku tanah runtuh, banjir dan pelbagai musibah di Malaysia. Dengan sumbangan ini, kita harap misi mereka lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Menurut Amirudin, sokongan tahunan ini adalah bukti Selangor serius dalam perjuangan kemanusiaan yang merentasi sempadan.

BERITA LANJUT MENYUSUL