Selangor sapu dua emas bola keranjang di SUKMA Sarawak

23 Aug 2024 • 8:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUCHING, 23 OGOS: Skuad bola keranjang Selangor menutup tirai saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan prestasi cemerlang apabila menyapu dua pingat emas acara 3×3 lelaki dan wanita hari ini.

Pada aksi final di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, Selangor yang dibarisi Loke Chun Yang, Yap Jin Xi, Chong Zhen Yang dan Leong Zhen Yang mengatasi Johor 21-8 untuk menambah koleksi emas kontinjen Selangor.

Pingat gangsa dimenangi Pulau Pinang selepas menewaskan Melaka 13-12.

Dalam aksi wanita pula, Wong Chah Yee, Elaine Chong Hui Lin,Yun Jia Huey dan Emily Tan Qiyi menewaskan Johor 21-11 untuk emas kedua.

Negeri Sembilang pulang dengan gangsa selepas menewaskan Sabah 16-11.

Bola Keranjang menawarkan empat pingat emas pada temasya kali ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved