Selangor sedia tawar venue sukan bantu persiapan Sukan SEA 2027 - MB

31 Oct 2026 • 9:15 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor sedia tawar venue sukan bantu persiapan Sukan SEA 2027 - MB

SHAH ALAM, 31 OKT: Selangor sedia menawarkan kemudahan sukan milik negeri termasuk stadium hoki sebagai lokasi latihan pasukan yang bakal menyertai Sukan SEA 2027 sekiranya diperlukan.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri terbuka untuk bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memanfaatkan kemudahan berkenaan, selain meneliti lokasi lain yang bersesuaian.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, Selangor mempunyai pengalaman menganjurkan acara sukan seperti bola tampar pantai dan boling yang turut boleh menyumbang kepada persiapan temasya itu.

Image from: Selangor sedia tawar venue sukan bantu persiapan Sukan SEA 2027 - MB
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap di Majlis Sanjungan Budi Sempena SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 di Dewan Raja Musa Seksyen 7 Shah Alam pada 30 Oktober 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

“Kita boleh tawarkan lokasi bagi stadium hoki. Dalam masa yang sama kita akan lihat lokasi lain. Selangor sejak dahulu menjadi lokasi bola tampar pantai dan boling.

“Kalau Majlis Sukan Negara (MSN) ingin gunakan kemudahan negeri, kita sedia. Kali ini Kuala Lumpur dan Sarawak jadi tuan rumah Sukan SEA, kita lihat bagaimana nanti,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sanjungan Budi sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 dan Para SUKMA 2026 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, di sini malam tadi.

Image from: Selangor sedia tawar venue sukan bantu persiapan Sukan SEA 2027 - MB
Maskot rasmi Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari di IOI Putrajaya City Mall pada 13 Julai 2026. Foto BERNAMA

Semalam, Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nur Azmi Ahmad memaklumkan bahawa sebanyak 473 acara melibatkan 43 jenis sukan dimuktamadkan untuk Sukan SEA 2027 dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF).

Sukan SEA 2027 dijadual berlangsung dari 18 hingga 29 September tahun depan, membabitkan empat kluster penganjuran iaitu Kuala Lumpur, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved