Selangor teroka nanoteknologi pacu industri bateri, hidrogen

LocalTechnology
25 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor teroka nanoteknologi pacu industri bateri, hidrogen

SHAH ALAM, 25 SEPT: Selangor meneroka potensi nanoteknologi dalam pembangunan industri bateri, teknologi penyimpanan tenaga generasi baharu serta ekosistem hidrogen.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, perkembangan teknologi hidrogen hijau membuka ruang kepada negeri ini meneroka sumber tenaga baharu yang lebih cekap dan mampan.

Pada masa sama, katanya, pertumbuhan industri kenderaan elektrik dan hibrid turut membuka peluang kepada pembangunan industri bateri.

“Pertumbuhan industri kenderaan elektrik dan hibrid turut membuka peluang untuk membangunkan industri bateri, termasuk teknologi penyimpanan tenaga, penggunaan semula dan pengurusan bateri terpakai,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad (NMB), Prof (Adj) Dr Rezal Khairi Ahmad bersama pasukannya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, semalam.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kerjasama antara penyelidik dan industri bagi mengkomersialkan teknologi berkaitan, menarik pelaburan serta mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi.

"Usaha ini seiring dengan inisiatif Selangor untuk membina ekonomi hijau yang berdaya saing," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved