PMX Teroka Pelaburan RM1.17 Bilion Bersama 5 Gergasi China

LocalBusiness & Finance
24 Sep 2026 • 2:42 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

PMX Teroka Pelaburan RM1.17 Bilion Bersama 5 Gergasi China

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan lima syarikat besar China di Hangzhou bagi meneroka peluang pelaburan dan kerjasama strategik dalam sektor teknologi berimpak tinggi.

Lima syarikat itu ialah AgiBot Innovation, ZTE Corporation, Alibaba Group, Geely Automobile Holdings dan Huawei Technologies.

Fokus Kepada Robotik, AI Dan Teknologi Digital

Antara hasil utama pertemuan itu ialah AgiBot Innovation yang menyatakan komitmen potensi pelaburan sebanyak RM1 bilion di Malaysia menjelang 2035, selain berpotensi mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan. Syarikat itu memberi tumpuan kepada teknologi robotik dan kecerdasan buatan (AI).

Sementara itu, ZTE Corporation menggariskan inisiatif serta pelaburan bernilai RM170 juta bagi menyokong transformasi digital Malaysia dan mewujudkan lebih banyak peluang kerjaya berkualiti untuk tenaga kerja tempatan.

Perbincangan bersama lima syarikat berkenaan turut meliputi robotik humanoid, infrastruktur digital, AI, teknologi kenderaan elektrik (EV) dan e-dagang.

Akses Pasaran Produk Malaysia

Selain pelaburan, pertemuan itu turut memberi tumpuan kepada usaha memperluas pasaran produk tempatan.

Bersama Alibaba Group, Anwar berkata perbincangan menyentuh usaha membuka akses lebih luas kepada produk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta industri halal Malaysia untuk memasuki pasaran China dan pasaran global melalui ekosistem digital Alibaba.

Perkembangan ini hadir ketika China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 17 tahun berturut-turut, dengan jumlah perdagangan dua hala mencecah US$113.82 bilion atau RM456.68 bilion bagi Januari hingga Ogos 2026.

Bagi Malaysia, tumpuan kepada AI, robotik, infrastruktur digital dan EV juga selari dengan usaha memperkukuh ekonomi digital serta menarik pelaburan berteknologi tinggi yang mampu meningkatkan kemahiran dan peluang pekerjaan tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved