Selebriti Antarabangsa, Fan Bingbing Duta Pelancongan Tahun Melawat Melaka 2024

5 Jun 2024 • 4:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Selebriti Antarabangsa, Fan Bingbing Duta Pelancongan Tahun Melawat Melaka 2024

Melaka dikenali sebagai ‘Bandar Bersejarah’ merupakan sebuah negeri di Malaysia yang penuh dengan sejarah yang kaya dan budaya yang unik.

Dikenali sebagai tapak warisan dunia UNESCO, negeri Melaka pastinya memikat hati setiap pelancong yang datang dengan seni bina kuno dan tradisi tempatan yang masih hidup hingga kini.

Menariknya, Melaka dijangka akan menjadi lebih popular dan menarik lebih banyak pelancong khususnya dari China dan Asia tidak lama lagi apabila diumumkan bahawa selebriti popular China, Fan Bingbing dilantik sebagai Duta Pelancongan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Berita ini didedahkan oleh Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh menerusi hantaran dalam Instagram peribadi beliau, berkongsi bahawa beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan pengurus selebriti tersebut.

“Perjumpaan ini adalah bagi memperincikan mengenai lawatan Fan Bingbing ke Melaka pada 14 hingga 16 Jun 2024.

“Saya percaya, kehadirannya yang turut dilantik sebagai Duta Pelancongan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) akan menarik lebih ramai pelancong khususnya dari China dan Asia untuk melawat negeri Melaka,” tulis beliau.

Bukan itu sahaja, laman Facebook Melaka Tourism turut mempamerkan poster dengan gambar selebriti terkenal itu sebagai Duta Pelancongan TMM 2024.

“Selamat datang ke Melaka, Bandar Warisan Dunia UNESCO! Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Duta Pelancongan antarabangsa kami bagi tahun 2024, Fan Bingbing,” tulis hantaran itu.