Selebriti Lelaki Yang Ditahan Dah 8 Tahun Menagih G*nja

LocalEntertainment
16 Dec 2024 • 3:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hasil siasatan polis mendapati selebriti lelaki yang ditahan di sebuah rumah teres di Cyberjaya bersama dua peket lutsinar disyaki ganja sudah lapan tahun menagih bahan terlarang itu.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, soal siasat ke atas selebriti terbabit mendapati dia juga terbabit dalam penagihan dadah dalam tempoh yang sama.

“Serbuan dijalankan di rumah teres itu yang juga kediaman didudukinya. Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.”

Jelas Norhizam, siasatan lanjut kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya. Memetik laporan Harian Metro, selebriti yang pernah menyertai satu pertandingan di televisyen itu telah direman selama 5 hari sejak semalam.

image is not available

Sebelum ini, dilaporkan bahawa selebriti lelaki itu ditahan di rumah teres bersama dua peket lutsinar yang disyaki ganja. Dia ditahan selepas sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Jenayah IPD Sepang membuat serbuan pada jam 3.10 petang dan menahan suspek berusia 41 tahun itu.

Siasatan polis menemui dua peket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram. Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.