Selena Gomez Buat Kejutan Di Podcast, Selamba Cium Kaki Benny Blanco Sebagai Tanda Sayang

EntertainmentLifestyle
4 Mar 2026 • 4:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Siapa sangka bintang pop dunia, Selena Gomez rupa-rupanya ada sisi ‘pelik’ tapi romantik dengan suaminya, Benny Blanco. Baru-baru ini, tular satu klip dari podcast Friends Keep Secrets yang menunjukkan Selena selamba tunduk dan mencium ibu jari kaki Blanco sambil duduk di lantai.

Aksi spontan itu bukan saja buat hos lain terkejut, malah netizen pun terasa janggal dengan tindakan pelantun lagu Love You Like A Love Song itu.

Susulan itu, netizen kembali ungkit kontroversi lama melibatkan Benny Blanco yang pernah dikecam kerana dilihat berkaki ayam atas sofa dalam satu video viral sehingga ada yang mempertikaikan tahap kebersihannya.

Apabila tular video itu, ramai menganggap ia sekadar ‘troll’ atau sindiran halus kepada netizen yang terlalu sibuk mengata soal kebersihan tersebut. Malah, Blanco sendiri tampil mempertahankan diri apabila muncul dalam rancangan Jimmy Kimmel Live! dan siap membuka stoking untuk membuktikan kakinya bersih, semata-mata mahu menjawab kecaman yang tular.

Walaupun nampak macam sweet gila sampai cium kaki, Blanco akui dia tetap jaga batas bila bekerja dengan Selena. Dia mahu Selena terus dikenali atas bakat sendiri tanpa dibayangi gelaran ‘isteri’ semata-mata.

Untuk rekod, pasangan ini dah kahwin secara rahsia di Santa Barbara pada 27 September 2025 selepas mula dating sejak 2023.

Sumber: The CSR Journal

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.