Selenggara jalan punca Batu Caves sesak teruk

17 Nov 2026 • 9:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selenggara jalan punca Batu Caves sesak teruk

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan Bulatan Batu Caves, Selangor pagi ini sehingga menyebabkan perjalanan tergendala lebih sejam.

Situasi itu dipercayai berpunca daripada kerja penyelenggaraan jalan yang menyebabkan laluan tiga lorong ditutup kepada satu lorong.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @adamrusmii, dia meluahkan rasa hairan apabila masih tersangkut di kawasan berkenaan pada pukul 8.10 pagi meskipun sudah keluar rumah seawal pukul 6 pagi.

“Patutnya aku masuk kerja pukul 7 pagi. Tapi 8:10 pagi aku masih sangkut kat atas bulatan Batu Caves, padahal dah keluar dari pukul 6 pagi lagi. Ada apa doh kat depan?” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman berdepan kesesakan sama selain mempersoalkan tindakan menjalankan kerja penyelenggaraan pada waktu puncak.

“Dia tutup jalan pagi buat jalan. Tinggal satu lorong aih,” komen @itsmezarr__.

“Well well, bang, dari tiga lorong pergi satu lorong, mana maunya,” komen @saraazalii pula.

“Saya naik motor. Sepanjang jalan memerhati jalan jem. Memang agak teruk jem hari ini,” tulis ___xammirulmustaqimm.

Malah, seorang lagi pengguna mendakwa dia turut terperangkap hampir sejam meskipun jarak perjalanan tidak sampai dua kilometer.

“Keluar dari simpang depan Taman Metro itu pukul 7.15 pagi. Pukul 8.15 pagi masih ada atas tempat gambar abang kongsi ini.

“Tak sampai dua kilometer pun rasanya. Kena sidai sejam macam itu sahaja kat situ. Lepas kita lalu, mereka sudah siap angkat kon semua,” katanya.

Seorang pengguna lain mendakwa kerja penyelenggaraan jalan berkenaan sudah bermula seawal pukul 1 hingga 2 pagi.

“Tak silap dari pukul 1-2 pagi lagi diorang dah mula buat jalan ini. Biasa pagi-pagi masa orang kerja ini dah siap ini tak siap pulak, sesak la kita semua. Sampai jalan-jalan kampung dalam Batu Caves sesak,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

The post Selenggara jalan punca Batu Caves sesak teruk appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved