16 penduduk terperangkap banjir kilat, air naik satu meter

LocalEnvironment
11 Nov 2026 • 10:23 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 16 penduduk terperangkap banjir kilat, air naik satu meter

NIBONG TEBAL – Seramai 16 penduduk membabitkan tiga keluarga berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Kampung Sethu, Sungai Bakap, awal pagi tadi.

Hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa rumah di kampung berkenaan ditenggelami air sehingga paras kira-kira satu meter, sekali gus memerangkap kesemua mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.40 tengah malam sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan sebaik tiba mendapati beberapa kediaman dinaiki air sedalam kira-kira tiga kaki akibat hujan lebat tanpa henti.

“Operasi pemindahan dilakukan menggunakan bot gentian kaca dengan anggota yang lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) bagi memastikan keselamatan mangsa.

“Seramai 10 orang dewasa dan enam kanak-kanak berjaya dipindahkan ke kawasan selamat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing yang berada di lokasi,” katanya.

Menurutnya, paras air banjir beransur surut sebelum operasi ditamatkan pada pukul 2.30 pagi selepas pihaknya memastikan tiada lagi bahaya di kawasan berkenaan.

Terdahulu, pada jam 10.32 malam tadi, anggota bomba turut digerakkan bagi memantau kejadian banjir kilat di Lorong Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya, selepas paras air meningkat kira-kira satu kaki akibat hujan lebat dan limpahan sungai berhampiran.

Bagaimanapun, tiada pemindahan penduduk diperlukan dalam kejadian berkenaan.

The post 16 penduduk terperangkap banjir kilat, air naik satu meter appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved