Selepas 5 Tahun Arwah Pergi, Kucing Peliharaan Masih Setia Ziarah Pusara

Entertainment
9 Apr 2023 • 4:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seekor kucing telah menarik perhatian ramai apabila tetap setia menziarahi pusara tuannya di Tanah Merah, Kelantan beberapa tahun lalu.

Kucing jantan berwarna oren yang diberi nama Nana itu tetap setia menziarahi pusara tuannya Allahyarham Ab Aziz Ismail di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paloh hampir setiap hari sejak tahun 2018.

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, sehingga kini, Nana masih melakukan rutin yang sama namun tidak sekerap dahulu selepas terlibat dalam kemalangan pada akhir 2021.

Nana yang kini berusia sembilan tahun dijaga oleh balu Allahyarham, Hasnah Che Amat. Berkata kepada sumber, ketika sihat, Nana sering ikut bersama ketika kaum keluarga Arwah menziarahi pusara dan ada ketikanya Nana pergi bersendirian.

image is not available

Walaupun terlibat dengan kemalangan, Nana tetap setia menziarahi pusara tuannya tetapi semakin kurang kerap. Selain menziarahi kubur, Nana turut menghabiskan masa di atas kereta peninggalan arwah dan melepak di buaian yang menjadi tempat kegemaran pemiliknya.

Nana dijaga keluarga berkenaan sejak dilahirkan dan menjadi haiwan kesayangan Ab Aziz yang meninggal dunia pada Julai 2018, akibat komplikasi buah pinggang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.