
Kumpulan muzik dari UK, The 1975 yang telah membuat kekecohan akibat aksi tidak senonoh di atas pentas ketika konsert Good Vibes Festival pada malam Jumaat lalu di Sepang sebenarnya dijadualkan untuk membuat persembahan seterusnya di We The Fest di Jakarta, Indonesia pada 23 Julai.

Namun, difahamkan, band tersebut telah bertindak membatalkan persembahan mereka di negara jiran berikutan keadaan yang tidak mengizinkan.
1. British band The 1975 has cancelled its upcoming shows at We The Fest in Jakarta and Taiwan, citing “current circumstances”.
Meanwhile, PDRM has launched an investigation into the incident involving the band at the Good Vibes Festival on Friday, after receiving 3 reports. https://t.co/yAtF6mZYmz pic.twitter.com/Ronb7OXHHx
— BFM News (@NewsBFM) July 23, 2023
Bukan itu sahaja, kumpulan muzik berkenaan turut membatalkan persembahan mereka di di Taipei, Taiwan.
Pembatalan persembahan tersebut telah dikongsikan awal pagi tadi menerusi Instagram penganjur festival We The Fest.
Walaupun ada peminat The 1975 di Indonesia yang kecewa dengan pembatalan itu, namun rata-rata netizen mereka lega kerana ramai yang khuatir jika perkara yang berlaku di Good Vibes Festival bakal turut terjadi di negara mereka.


Baca: The 1975 Digam, Hina Kerajaan Malaysia & Buat Aksi Tak Senonoh Atas Pentas Ketika Konsert Di Sepang
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


