Selepas dikecam ramai ‘influencer’ duduk atas penyu mohon maaf

Environment
30 Sep 2026 • 6:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selepas dikecam ramai ‘influencer’ duduk atas penyu mohon maaf

MUSCAT – Seorang pempengaruh media sosial dari Ukraine membuat permohonan maaf selepas satu klip video tular memaparkan dirinya bersahaja duduk di atas seekor penyu dan memegang anak haiwan itu di Oman, lapor akhbar Metro UK. 

Kejadian berlaku di kawasan Ras Al Jinz, salah satu tapak penetasan penyu yang terkenal di Oman.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan jurulatih kecergasan bernama Vadym Oleynik menghampiri seekor induk yang sedang merangkak sebelum duduk di atas cangkerangnya. 

Meskipun tergelincir ke tanah disebabkan penyu berkenaan bergerak, Oleynik tetap berdiri dan duduk semula di atas cangkerangnya sambil ketawa. 

Dia turut memegang seekor anak penyu yang mengibarkan sirip kecilnya, seolah-olah menuntut untuk dilepaskan. 

Tindakan tersebut menerima kecaman orang ramai selepas diketengahkan oleh projek pemuliharaan Itali, Biologicamente. – AGENSI

The post Selepas dikecam ramai ‘influencer’ duduk atas penyu mohon maaf appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved