
Rodrigo Holgado dilaporkan bakal membuat penampilan sulung bersama DPMM dalam kancah Liga Super 2026/27 ketika bertemu Selangor pada 5 Disember ini.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan: "Rodrigo Holgado sudah berada di Brunei bagi melengkapkan proses pengumuman rasmi sebagai pemain baharu DPMM.
"Selepas hampir setahun tidak beraksi susulan penggantungan FIFA, Holgado difahamkan akan menyertai sesi latihan pertama Isnin depan sebelum dijangka membuat penampilan sulung menentang Selangor!" kongsinya.
🚨Rodrigo Holgado sudah berada di Brunei bagi melengkapkan proses pengumuman rasmi sebagai pemain baharu DPMM. Selepas hampir setahun tidak beraksi susulan penggantungan FIFA, Holgado difahamkan akan menyertai sesi latihan pertama Isnin depan sebelum dijangka membuat penampilan sulung menentang Selangor! 🔥 @ASTROARENA
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 27, 2026
Penyerang berusia 31 tahun itu difahamkan mendapat kelulusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dan tidak perlu menunggu jendela perpindahan kedua pada Januari 2027, sekali gus boleh menyertai DPMM pada bila-bila masa berikutan status Holgado yang dianggap pemain tempatan.
Sebelum ini, dia antara tujuh pemain yang dikenakan penggantungan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumen ketika mewakili Harimau Malaya.






