TFC tempang tanpa dua tonggak berdepan DPMM FC

LocalFootball
20 Nov 2026 • 9:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: TFC tempang tanpa dua tonggak berdepan DPMM FC

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) bakal berdepan ujian getir apabila terpaksa turun tanpa dua tonggak importnya menjelang pertemuan menentang DPMM FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.

Skuad Penyu kehilangan khidmat penyerang Romel Morales yang digantung perlawanan susulan kad merah manakala Gervane Kastaneer turut diketepikan selepas mengumpul tiga kad kuning.

Ketiadaan dua pemain itu dilihat merencatkan perancangan TFC yang sedang berusahamenamatkan kemarau kemenangan selepas mengharungi beberapa perlawanan tanpa keputusan positif.

Bagaimanapun, pengendali TFC, Nafuzi Zain enggan menjadikan situasi tersebut sebagai alasan sebaliknya yakin pemain lain mampu menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan.

“Bagi saya, siapa sahaja yang diturunkan nanti perlu mampu memberikan apa yang kita mahukan dalam permainan. Itu yang paling penting,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan, kelmarin.

Mengulas mengenai kemarau kemenangan skuad Penyu, beliau menegaskan tiga mata amat diperlukan bagi mengembalikan keyakinan pasukan namun mengingatkan anak buahnya

supaya tidak memandang mudah cabaran DPMM FC.

“Kita memang perlu menang, itu yang paling penting tetapi dalam bola sepak, tidak ada perlawanan yang mudah tidak kira siapa lawan kita.

“Pemain perlu memberikan segala-galanya di atas padang. Mereka mesti mempunyai komitmen, fokus dan semangat juang yang tinggi kerana kemenangan bukan datang hanya

kerana kita nampak bagus di atas kertas,” tegasnya.

Dalam pada itu, Nafuzi turut mengakui DPMM FC semakin menunjukkan peningkatan prestasi musim ini dan menuntut anak buahnya mempamerkan disiplin serta kerjasama berpasukan

yang tinggi untuk memastikan tiga mata dapat menjadi milik TFC. – UTUSAN

KAPSYEN

SKUAD Terengganu FC (TFC) ketika menjalani latihan di Kuala Nerus, kelmarin. IHSAN TERENGGANU FC

The post TFC tempang tanpa dua tonggak berdepan DPMM FC appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved