Selepas jerebu, kita perlu hadap banjir

LocalEnvironment
26 Oct 2026 • 9:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selepas jerebu, kita perlu hadap banjir

Saudara Pengarang,

Ketika ini, negara sedang berdepan situasi jerebu yang sukar dijangka susulan kebakaran hutan di negara jiran. Adakalanya keadaan di sebelah pagi nampak terkawal, namun lain pula jadinya pada sebelah petang.

Keadaan itu memaksa Kementerian Pendidikan menutup operasi sekolah dan digantikan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Antara yang terjejas ialah pelajar-pelajar di Johor susulan kualiti udara yang tidak sihat.

Ramai ibu bapa jadi ‘huru-hara’ susulan pelaksanaan PdPR, walaupun sudah mempunyai pengalaman ketika pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu. Situasi menjadi kelam-kabut apabila ibu bapa perlu keluar bekerja dan meninggalkan anak yang mengikuti PdPR di rumah.

Belum selesai isu jerebu, kita terpaksa berdepan pula dengan kejadian banjir dan pokok tumbang.

Sebagai penduduk Shah Alam, saya mengakui trauma setiap kali hujan lebat melanda kawasan tersebut. Dalam masa tidak sampai sejam, air sudah bertakung tinggi di jalan raya.

Biasanya ia berlaku di kawasan sama iaitu di TTDI Jaya, Lebuh Raya NKVE (susur ke Bukit Jelutong), Jalan Batu 3 Lama, Seksyen 27 dan Kampung Melayu Subang.

Baru-baru ini, ramai pengguna jalan raya yang terkandas berikutan lebuh raya di kawasan berkenaan dinaiki air. Mujur zaman sekarang ada media sosial yang boleh dijadikan rujukan sebelum keluar rumah.

Diharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera, lebih-lebih lagi menjelang Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal bermula pada penghujung bulan ini.

NANI
Shah Alam

The post Selepas jerebu, kita perlu hadap banjir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved