Selepas Megan Fox, Netizen Samakan Wajah Puteri Balqis Dengan Kim Kardashian Pula - “Memang Vibe Internasional”

13 Jan 2025 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas Megan Fox, wajah pelakon Puteri Balqis dikatakan seiras selebriti Hollywood Kim Kardashian pula.

 

Pujian tersebut mula membanjiri komen selepas dia memuat naik sebuah video sedang mempromosikan produk kolagen. 

@morosechildofficial Korang boleh beli di showcase aqish ok. Collagen jelly yg best dari @Fitopiateam @Fitopia Malaysia #fitopia #puteribalqis ♬ original sound - Puteri Balqis Ashikin

Netizen puji

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan aktor berusia 17 tahun itu.

 

“Macam Kim Kardashian weh.

 

“Lawa gila tak pakai makeup.

 

“Aqish ni memang vibe international lah,” komen beberapa netizen.

Video tersebut kini sudah ditonton lebih 420,000 pengguna TikTok dan meraih 23,000 tanda suka.

 

Difahamkan, ini bukan kali pertama wajah Puteri Balqis disamakan seperti selebriti wanita lain.

 

Sebelum ini wajahnya juga pernah dikatakan mirip aktres Indonesia iaitu Vanesha Prescilla yang terkenal dengan watak Milea dalam filem Dilan 1990.