Pemilihan Nama Puteri Sulung MK K-Clique Dan Siti Hajaar Undang Perhatian

LocalEntertainment
4 Sep 2024 • 2:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebulan lepas, penyanyi rap iaitu MK K-Clique dan isterinya, Siti Hajaar telah menimang cahaya mata dan memilih nama Aya Rayana buat puteri sulung mereka itu.

Menurut laporan mStar, nama tersebut mempunyai makna indah dalam islam dan perkara ini dikongsikan MK menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

image is not available

Aya, bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, al-Quran dan asal Arab.

Rayana, bermaksud pintu Syurga.

Kalau korang tengok ruangan komen, pemilihan nama itu telah mengundang pujian netizen. 

Bukan tu jer, ramai juga yang tidak sabar untuk lihat wajah puteri sulungnya itu.

Apapun, tahniah kami ucapkan kepada MK dan isteri, Hajaar. Semoga Aya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar