“Selepas Setahun, Terima Kasih Allah..” – Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim & Anak-Anak

EntertainmentFamily & Parenting
28 Sep 2025 • 3:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Hantaran yang dimuat naik oleh pelakon, Beego di platform TikTok, baru-baru ini, telah menarik perhatian ramai.

Beego kongsi gambar satu keluarga

Dalam hantaran tersebut dapat dilihat Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah berkongsikan satu hantaran foto memaparkan dirinya bersama isteri, Linda Hashim dan anak-anaknya.

Selepas setahun, terima kasih Allah. Dinner on Anggun hospital discharged.

image is not available

Difahamkan, makan malam tersebut diadakan bagi meraikan anak kedua mereka iaitu Anggun Cassandra yang telah dibenarkan untuk keluar daripada hospital akibat melecur terkena air panas.

Ramai luah rasa gembira

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berasa gembira melihat kedua-dua individu itu menjaga hubungan baik biarpun sedang menghadapi isu keretakan rumah tangga.

image is not available

image is not available 2025-09-23 12:45:26

Anak Linda Hashim & Beego, Anggun Cassandra Cedera Melecur Terkena Air Panas - "Mummy Tak Kuat Dah"