Selesai nikah di Thailand, Siti Jamumall terus terbang ke Dubai bersama suami

12 Jun 2024 • 12:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi, Siti Jamumall terus terbang ke Dubai setelah berkongsi video pernikahannya bersama suami yang diadakan di Thailand.

Beritahu ibu sudah sampai

Perkara tersebut dinyatakan oleh Siti sendiri di ruangan komen TikTok ibunya, Norizan Jaafar apabila mengatakan dirinya dan suami sudah selamat sampai ke negara Timur Tengah terbabit.

“Mak orang dah sampai Dubai dengan selamat. Sayang mak terima kasih atas doa mu ibu,” tulis Siti.

image is not available

Siti Jamumall terus ‘terbang’ ke Dubai lepas kahwin

Menerusi Insta Story usahawan terbabit, dia menyatakan akan ke Dubai atas urusan kerja dan ingin mengambil penghargaan yang diterima.

Dia juga memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan mereka supaya selamat pergi serta balik nanti.

Siti Jamumall terus terbang ke Dubai lepas kahwin, ibu sahkan pernikahan

Dalam pada itu, ibu kepada Siti Jamumall juga mengesahkan bahawa anaknya memang telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki dikenali sebagai Aiman Tak Kisah di platfrom TikTok.

Dia juga menjelaskan tindakan bernikah di Thailand adalah bagi memudahkan urusan kerana lebih cepat diselesaikan.

image is not available

Ramai terkejut pernikahan Siti Jamumall

Terdahulu, video Siti Jamumall yang memaklumkan telah mendirikan rumah tangga telah mengejutkan ramai khususnya para pengikutnya susulan dilakukan di Thailand.

@sitijamumall

Semoga masjid yang kita bina kekal sampai hujung nyawa abiyy @AIMAN TAK KESAH #selawatkeatasnabisaw

♬ original sound – sitijamumall – sitijamumall

Difahamkan, sebelum ini dia telah membatalkan pernikahan dengan jejaka lain pada 31 Mei lalu dan telah berkahwin dengan orang lain pula di Thailand.

Apa-apa pun, semoga rumah tangga yang dibina usahawan terbabit diberi kebahagian dunia dan akhirat.

Sumber: TikTok norizanjaafar