
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Tak dinafikan dunia fesyen pada zaman kini sentiasa berubah-ubah dan menjadi perhatian orang ramai.
Malah pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti peredaran fesyen semasa termasuklah kaum lelaki.
Bahkan ada yang merasakan pakaian berfesyen yang dikenakan memberikan mereka keyakinan untuk kelihatan lebih kemas di hadapan orang ramai.
Ada yang memikirkan pakaian adalah sesuatu benda yang dipakai pada luaran namun penggunaan atau pemilihan yang tidak betul juga boleh mengundang masalah seperti kegatalan, masalah kesuburan dan sebagainya.
Doktor jelaskan seluar ketat boleh mengundang masalah kesuburan lelaki
Terbaharu, seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Afif Mohd Ridzwan telah berkongsi kesan yang boleh berlaku sekiranya seseorang lelaki menggunakan seluar yang ketat.
Jelasnya seluar atau seluar dalam yang ketat boleh mengganggu kesuburan para lelaki disebabkan beberapa faktor. Malah ada juga yang tidur malam menggunakan seluar yang ketat.
“Siapa-siapa pakai ketat ni kena tahu risiko dia kalau pakai seluar ketat. Suhu badan kita ni adalah 37 darjah celsius. Suhu testis kita ni dia perlu 35 darjah celsius sahaja.
“Jadi kalau pakai ketat (seluar) awak akan rapatkan badan dengan dia (testis). Jadi dia akan menyebabkan suhunya sama dengan tubuh badan.
“Suhu sama risikonya, air mani tidak comel (baik), sperma tak comel. Lepas tu berisiko untuk mendapat kemandulan,” ujarnya.
Boleh berlaku masalah saluran darah
Selain itu, ia juga boleh berlaku masalah pada saluran darah yang menyebabkan lid tidak baik pada bahagian zakar berkenaan.
Bukan hanya itu boleh juga berlaku beberapa perkara lain seperti kecederaan, kulat atau penyakit lain di kawasan alat sulit lelaki.
“Jadi saya nasihatkan orang lelaki ni kalau nak tidur janganlah pakai seluar ketat. Pakai kain sarung pun tak apa.
“Seluar dalam pun kalau nak pakai ketat tu untuk sementara jelah. Lebih baik pakai boxer (seluar pendek mini). Boxer ni ada kebaikan dia, pertama pengudaraan itu bagus dan kulit juga baik.”
Pakai seluar ketat pada waktu sekejap sahaja
Katanya seluar yang ketat boleh dipakai namun hanya untuk pada waktu yang sekejap sahaja.
Sebaiknya apabila berada di rumah adalah baik menggunakan seluar yang longgar serta selesa agar bahagian alat sulit mempunyai pengudaraan dan peluh juga boleh kering.
Menurutnya perkara itu dapat mengurangkan daripada masalah penyakit kesihatan disebabkan memakai seluar ketat.
“Nasihat saya kita jagalah keadaan ataupun salur darah ataupun pengudaraan di kawasan kemaluan barulah kita sihat,” jelasnya lagi.
NHS turut jelaskan mengenai pemakaian seluar jenis slim fit
Menurut Hello Doktor yang memetik laman sesawang Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS) pula menjelaskan bahawa pemakaian seluar slim fit boleh menyebabkan suhu testis meningkat sehingga 1 darjah celsius.
Oleh itu, ia berkemungkinan menjadi salah satu punca lelaki menjadi kurang subur.
Perkara itu turut disokong oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Hamid Arshad menerusi Facebook miliknya. Jelas beliau pemakaian seluar yang ketat akan menyebabkan testis melekat dan terperap lalu menyebabkan suhunya menjadi panas.
Sarankan lelaki sejukkan testis sebelum hubungan kelamin
Sehubungan itu, beliau menyarankan para lelaki untuk tidak memakai seluar jenis slim fit untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk. Bahkan Dr Hamid memberi cadangan agar lelaki menyejukkan testis mereka menggunakan pek air sebelum bersama dengan isteri.
Walau bagaimanapun, ia tidak boleh dipersalahkan 100% kerana ada juga punca lain yang menyebabkan ketidak suburan lelaki seperti pemakanan, kecacatan genetik, kekurangan hormon testosteron serta keadaan kesihatan lain.
Source:


![Setahun Terperangkap Di Tangga Bangunan, Akhirnya Kucing Putih Berjaya Diselamatkan Bomba [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)