Cuak Nak Hadir Interview Kerja? Wanita Kongsi Teknik STAR Untuk Bantu Calon

19 Sep 2025 • 6:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Menjalani sesi temu duga ketika proses permohonan kerja merupakan salah satu perkara yang membuatkan ramai gementar.

Namun kini calon boleh mendapatkan begitu banyak tips menghadiri sesi temu duga kerja yang telah dikongsi oleh ramai menerusi platform media sosial untuk membantu mereka meningkatkan keyakinan diri.

Apapun, jangan pula sampai minta mak teman dan duduk di sebelah semasa sesi temu duga ya.

Wanita Kongsi Teknik STAR Untuk Jawab Soalan Interview Kerja

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Kreatif (CCO) di platform kelas dalam talian AideaBig, Iman Clarke, telah berkongsi di TikTok (@aideabig) tentang satu teknik untuk menjawab soalan temu duga.

Dia yang juga merupakan seorang juruaudit di United Kingdom, menjawab satu soalan di ruangan komen yang bertanya tentang teknik berkesan ketika menjalani sesi temu duga kerja.

Iman berkata dia menggunakan teknik STAR yang merupakan akronim bagi ‘Situation, Task, Action, Result’, dan merupakan satu struktur untuk menjawab sebarang soalan temu duga.

Dia memberi contoh soalan yang sering dilontarkan kepada calon ketika sesi temu duga yakni, “Mengapa syarikat harus mengambil awak bekerja?”

Mungkin ramai yang biasanya menjawab dengan ayat yang umum seperti mereka merupakan individu yang teliti atau akan membawa nilai kepada syarikat.

Terangkan Apa Yang Telah Dilakukan Di Tempat Kerja Dahulu Beserta Dapatannya

Namun Iman memberi cadangan agar menjawab berdasarkan apa yang calon telah lakukan di tempat kerja yang lepas atau semasa.

Dia memecahkan cara menjawab soalan itu kepada empat, dengan contoh seperti berikut:

Situation – Terdapat satu mesin yang kerap mengalami kerosakan di tempat kerja calon dahulu.

Task – Bos meminta calon untuk menyelesaikan masalah itu dalam masa sebulan.

Action – Calon telah menghasilkan penjejak di Excel yang direka untuk mengenal pasti masalah sebelum mesin mengalami kerosakan.

Result – Dengan tindakan itu, corak masalah dapat dikenal pasti seterusnya menjimatkan kos penyelenggaraan syarikat sebanyak 20% dalam tempoh tiga minggu.

“Orang itu dia (penemuduga) boleh bayangkan apa yang anda lakukan di tempat kerja sebelum ini dan bagaimana anda akan dapat menyertai kumpulan mereka dalam kerja yang dimohon,” jelasnya secara ringkas.

@aideabig Replying to @Cheesecake ♬ original sound – aideabig

Tonton video penuh [DI SINI].

Teknik STAR Juga Boleh Digunakan Oleh Fresh Grad

Pasti ada yang tertanya-tanya, bagaimana pula dengan calon fresh grad yang tidak pernah memiliki pengalaman bekerja sebelum itu.

Di ruangan komen, seorang individu menerangkan bahawa teknik STAR juga boleh digunakan oleh fresh grad dengan menceritakan tentang projek atau kokurikulum yang disertai ketika di universiti serta tugasan semasa tempoh internship.

Dalam masa sama, seorang pengguna media sosial menjelaskan kaedah ini bukan hanya untuk temu duga kerja, tetapi juga berguna dalam mendraf kajian penilaian prestasi pekerja.

Ada juga yang menjelaskan bahawa teknik STAR turut digunakan bagi jurutera chartered.

Seorang individu juga mengambil peluang untuk memberi nasihat kepada calon agar menjawab soalan dengan cara yang menunjukkan mereka berminat untuk bekerja di sana.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok

Tips Hadiri Temuduga Kerja

Menghadiri temuduga kerja merupakan satu perkara yang mencemaskan, lebih-lebih lagi buat mereka yang kali pertama melalui pengalaman itu.

Bagi anda yang bakal menghadiri sesi temuduga kerja tidak lama lagi, berikut kami kongsikan tips yang boleh dipraktikkan:

  • Cari maklumat di laman web syarikat.
  • Layari media sosial syarikat.
  • Fokus pada kata kunci pekerjaan yang dimohon.
  • Senaraikan soalan yang boleh/mahu ditanya ketika ditemuduga.

Antara contoh soalan yang boleh ditanyakan adalah halangan terbesar yang pekerja mungkin berdepan ketika bekerja dan budaya bekerja di syarikat berkenaan.

Apapun anda diingatkan agar kekal tenang dan yakin. Anggap sahaja sesi temuduga itu sebagai ‘borak-borak’ dengan bakal majikan!