Setahun Terperangkap Di Tangga Bangunan, Akhirnya Kucing Putih Berjaya Diselamatkan Bomba [Video]

19 Sep 2025 • 6:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Umum mengetahui haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan sebagainya sentiasa menjadi perhatian orang ramai.

Malah jika ia berada di jalanan, ramai yang prihatin dan akan memberikan makanan serta minuman untuk memastikan mereka dalam keadaan baik.

Bahkan ada golongan pencinta haiwan atau individu yang sering melakukan aktiviti menyelamat akan membawa binatang ini ke rumah untuk menjaga kebajikan sehingga mereka mendapat tuan yang baru.

Kucing terperangkap di tangga premis selama setahun

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi di TikTok mengenai seekor kucing yang dipercayai telah terperangkap di sebalik pintu besi di sebuah premis selama setahun.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Firahanna, kelihatan orang ramai yang mengetahui mengenai kewujudan kucing tersebut hanya dapat memberikannya makanan dan minuman melalui bawah pintu jeriji berkenaan.

Turut kelihatan pintu jeriji itu tidak mempunyai sebarang lubang dan turut dikunci dengan kunci mangga hingga menyukarkannnya untuk mengeluarkan si comel berkenaan.

Laporan pernah dibuat namun tiada tindakan

Dakwa Firahanna seorang individu yang sering memberikan kucing itu makanan berkata mereka telah membuat laporan kepada pihak berwajib namun tiada bantuan yang diterima.

“Tapi saya rasa mungkin ada salah faham di situ. Berdasarkan kepada pengesahan Majlis Bandaraya Ipoh, Perak kepada feeder premis pejabat itu telah lama tidak dihuni. Pemilik premis dipercayai telah ‘melarikan diri’.

“Hari ini (18 September) saya hubungi Balai Polis Kg Rapat dan Balai Bomba Stadium Ipoh melaporkan apa yang terjadi. Alhamdulillah saya telah mendapatkan kelulusan dari pihak polis untuk pihak Bomba melakukan kerja-kerja menyelamatkan kucing itu.

“Saya akan update gambar selepas kucing berjaya diselamatkan nanti,” ujarnya.

Dalam satu lagi video yang dikongsikan, kelihatan pihak Bomba turut memotong kunci mangga tersebut menggunakan beberapa alatan.

@firahanna9

Kucing ini telah SETAHUN terperangkap di balik pintu ini.. Tapi tiada siapapun yang mahu selamatkan.. Bayangkan, ia terkunci di sini selama SETAHUN di sana… 😔 Mengikut kata feeder mereka telah laporkan kepada Pihak Berwajib tapi tetap tiada bantuan diterima.. Tapi saya rasa mungkin ada miscommunication di situ.. Berdasarkan kepada confirmation Majlis Bandaraya Ipoh kepada Feeder, premis pejabat itu telah lama tidak dihuni.. Pemilik premis dipercayai telah ‘melarikan diri’.. Hari ini saya hubungi Balai Polis Kg Rapat & Balai Bomba Stadium Ipoh melaporkan apa yang terjadi.. Alhamdulillah saya telah dapatkan approval dari Pihak Polis untuk Pihak Bomba melakukan kerja2 menyelamat kucing itu..🤲🏽🤲🏽🤲🏽 Saya akan update gambar selepas kucing berjaya diselamatkan later.. Terimakasih saya ucapkan Pihak-pihak Berwajib di bawah: 1. Balai Bomba Stadium Ipoh En Muthu En Fawwaz 2. Balai Polis Kg Rapat OCS Mohd Nur Ashraff SJN Ilyas KPL Ricoh 3. Majlis Bandaraya Ipoh Stray Animals Lives Matter… #cat #rescue #animals #fyp

♬ original sound – DNP – DNP

Kedengaran suara si comel sebaik pintu berjaya dibuka, kucing sihat dan bersih

Sebaik pintu besi itu berjaya dibuka, kedengaran suara si comel itu dari atas tangga. Malah kelihatan keadaan tangga penuh dengan pinggan plastik dipercayai bekas digunakan untuk memberi kucing tersebut makanan.

Meskipun terperangkap selama setahun di dalam bangunan terbabit, namun kucing berwarna putih itu bersih.

“Ramai bertanya adakah saya yang beri makan kepada kucing yang telah setahun terperangkap di tangga bangunan tu? Jawapannya, tidak.”

Sebaliknya dia menerima mesej dari seorang wanita mengenai video TikTok berhubung kes itu untuk diambil maklum.

Malah Firahanna turut bersyukur kerana misi menyelamatkan kucing berkenaan telah pun berjaya dan dipermudahkan.

“Tapi sejurus selepas Bomba pecah masuk, kucing tersebut telah melarikan diri. Feeder tak sempat nak ambil gambar, hanya video pendek saja yang ada. Itu pun kurang jelas. Saya ambil gambar tangkap layar dari video tersebut, mungkin anda boleh zoom in. Tapi saya bimbang warnanya akan terpisah.

“Mungkin situasi yang agak kelam kabut, bising dengan bunyi jeriji menyebabkan kucing itu takut lalu melarikan diri.

“Apa yang saya dapat lihat melalui video, warna kucing itu ialah putih. Alhamdulillah fizikal dia nampak sihat. Saya percaya dia akan sertai makan sekali waktu feeder bagi makanan esok. Saya pasti dia baik-baik. Anda jangan bimbang,” katanya.

Selain itu, Firahanna turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk polis dan bomba yang telah membantu menyelamatkan kucing tersebut.

@firahanna9

KUCING TERPERANGKAP SELAMA SETAHUN DI TANGGA BANGUNAN Ramai bertanya adakah saya yg beri makan kepada kucing yang telah SETAHUN TERPERANGKAP di tangga bangunan tu… ? Jawapannya TIDAK … Saya sebenarnya terima DM dari @kakakmeows tentang VTT kes ini DULU SEMALAM untuk saya ambil maklum.. Alhamdulillah, Misi Menyelamat ini dipermudahkan… 🤲🏽 OCS Inspektor Ashraff, dari Balai Polis Kg Rapat telah berikan verbal approval untuk team Bomba Stadium Ipoh meneruskan Misi Menyelamat… Tapi sejurus selepas Bomba pecah masuk, kucing tersebut telah melarikan diri.. Feeder tak sempat nak ambil gambar, hanya video pendek saja yang ada…Itupun kurang jelas… Saya SS gambar dari video tersebut maybe anda boleh cuba zoom in.. but I’m worried the color will be separated though.. 🙏🏽 Mungkin situasi yang agak kelam kabut, bising dengan bunyi jigsaw menyebabkan kucing itu takut lalu melarikan diri.. 😔 Apa yg saya dapat lihat melalui video, warna kucing tu ialah putih… Alhamdulillah physically dia nampak sihat.. Saya percaya dia akan join makan sekali waktu feeder bagi feeding esok.. Rest assured he will be fine.. Anda jangan bimbang ok… Sekali lagi, saya ingin merakamkan ucapan Terimakasih kepada Pihak-pihak Berwajib di bawah: 1. Balai Bomba Stadium Ipoh i. En Muthu ii. En Fawwaz 2. Balai Polis Kg Rapat i. OCS Inspektor Mohd Nur Ashraff ii. SJN Ilyas iii. KPL Ricoh iv.KPL Ridzal Dan tak lupa juga buat Feeder Sharifah & Ibunya kerana tak pernah berputus asa memberi kucing ini makan selama SETAHUN.. Semoga anda semua dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yg baik & dipermudahkan segala urusan… Aaminn Ya Robbal Al Aaminn 🤲🏽 🤲🏽 #cats #rescue #animal #adoptdontshop #fyp

♬ original sound – Nursyafiq Saleh – Nursyafiq Saleh

Ramai bimbang dan ternanti-nanti update mengenai si comel

Melihat di ruangan komen, ramai yang bimbang dengan keadaan kucing tersebut dan berharap dia dalam keadaan baik.

Selain itu ada juga yang terkejut dan teruja kerana walaupun terkurung selama setahun tapi kucing berkenaan kelihatan sihat dan bersih.

Malah salah seorang anggota Bomba yang membuka pintu tersebut turut menyifatkan kucing berkenaan sihat dan montel

“Tukar buka pintu hadir. Alhamdulillah kucing sihat dan gemuk”

image is not available

“Alhamdulilah mesti dia takut selama setahun ni”

image is not available

“Alhamdulillah, sihat gebu elok. Semua atas pertolongan orang-orang yang baik hati bagi makanan pada kucing ni”

image is not available