Seludup besi, sekerap RM4.96 juta guna ikrar palsu

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 2:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Seludup besi, sekerap RM4.96 juta guna ikrar palsu

KLANG – Taktik sindiket mengaburi pihak berkuasa menerusi pengikraran palsu terbongkar dengan rampasan 57 buah kontena berisi mengandungi besi dan plastik sekerap bernilai RM4.96 juta di Zon Bebas Pelabuhan Klang, antara Januari hingga Jun lalu.

Sindiket berbeza itu didapati mengikrar dagangan antaranya alat acuan pembentuk, bahan aluminium, tembaga dan plastik bagi mengaburi pihak berkuasa.

Pengarah Kastam Selangor, Noraidah Ishak berkata, penahanan kontena itu dilakukan menerusi operasi bersepadu Bahagian Penguatkuasaan Kastam negeri dengan kerjasama National Targetting Centre (NTC).

Katanya, pemeriksaan menemukan 13 kontena mengandungi 351,185 kilogram (kg) besi sekerap manakala 44 kontena besi 841,552.50kg plastik sekerap dipercayai tiada permit import.

“Besi itu dianggarkan bernilai RM1.9 juta manakala plastik berjumlah RM3.05 juta termasuk nilai duti serta cukai.

“Pengimportan dagangan itu tertaktluk kepada permit import dikeluarkan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian (SIRIM) mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini, hari ini.

Beliau menambah, kegiatan itu dipercayai melibatkan beberapa sindiket yang membawa masuk kontena dipercayai dari Timur Tengah.

Jelasnya, Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 135 (1) (a) dan Seksyen 133 (1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan serta membuat pengikraran tidak sah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejumlah 48.7 juta barang rokok putih bernilai RM37.5 juta termasuk duti dan cukai turut dirampas antara 3 hingga 10 Jun lalu di Zon Bebas Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat di sini.

“Rokok itu pelbagai jenama dalam empat kontena itu dipercayai datang dari sebuah negara di Asia namun tiada ikrar sehingga tarikh pemeriksaan dilakukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Seludup besi, sekerap RM4.96 juta guna ikrar palsu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved