Semak kelayakan subsidi Budi MADANI RON95 mulai Khamis ini - Menteri Kewangan II

LocalPolitics
23 Sep 2025 • 6:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Semak kelayakan subsidi Budi MADANI RON95 mulai Khamis ini - Menteri Kewangan II

image is not available

23/09/2025 - 18:15

Gambar DagangNews2025 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 23 Sept – Rakyat Malaysia boleh membuat semakan kelayakan subsidi bagi program Budi MADANI RON95 mulai 25 September (Khamis) ini.

Semakan boleh dibuat melalui laman web www.budimadani.gov.my, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bagaimanapun, laman web itu masih belum diaktifkan ketika ini.

Bermula 30 September ini, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mulai 28 September.- DagangNews.com

standard