Semakin Dikenali Ramai, Shuib Nafi ‘Jual Anak’ Untuk Tumpang Populariti – “Semua Orang Boleh Cakap, Tapi Biarlah”

EntertainmentOpinion
16 Jan 2025 • 1:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak dan usahawan, Shuib menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya ‘menjual’ anak-anak bagi mengejar populariti.

Ini berikutan sejak kebelakangan ini, Shuib kerap memuat naik video anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra membuat persembahan nyanyian.

Ya Allah, siapa yang cakap macam tu. Sebagai bapa dan semua orang tua sudah tentu mahu lihat anak dia berjaya.

Memang saya akui dulu saya pernah keluarkan kenyataan yang saya tak mahu anak saya jadi penyanyi. Tetapi bila Talita semakin membesar saya lihat dia mula tunjukkan minat menyanyi.

Akui berasa kecewa dengan tohmahan tersebut, Shuib memilih untuk terus memikirkan perkara tersebut kerana ia tidak menguntungkan.

Semua orang boleh cakap apa dia nak cakap, tetapi bagi saya biarlah.

Yang penting saya tahu apa yang terbaik untuk anak-anak saya. Semua orang tua nak lihat yang terbaik untuk anak-anak.

Tular sebelum ini mengenai video Talita menyanyikan lagu Allahyarham Siti Sarah di Bukit Bintang bersama keluarga yang turut dihadiri ribuan penonton.

Shuib juga ada berkongsi video Talita bersama Ariq Matin berhibur dengan menyanyi bersama-sama sekaligus mengundang perhatian netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

Persiapan Dah 60% Siap, Siti Saleha Bakal Bergelar Isteri Dengan Pereka Fesyen Dalam Waktu Terdekat